<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, July 14, 2010

Hadapi Dengan Senyuman

Aku ingat lagi, lima tahun lepas setelah arwah ayah aku meninggal, lagu Hadapi Dengan Senyuman oleh Dewa 19 (atau Dewa) adalah lagu wajib untuk menenangkan fikiran. Lagi pula, apabila difikirkan setelah melihat lagu ini dijadikan lagu tema istimewa untuk mangsa-mangsa bencana tsunami akhir 2004, mereka lebih menyedihkan kerana hilang ramai anggota keluarga. Tetapi sekurang-kurangnya, lagu ini boleh memujuk hati yang sedang sedih atau tak keruan.

Oleh kerana itu, aku meminati kugiran ini kerana keupayaannya memberikan kesan kepada pendengarnya di samping liriknya yang baik. Soal illuminati, itu tanya pakar walaupun kita dapat melihat banyak simbol yang terdapat dalam karya-karya mereka. Ini sebenarnya agak mengelirukan kerana dari satu sudut yang lain, Ahmad Dhani mengikuti tarekat Islam yang terdapat di sana di mana bagi orang biasa, korang yang tak tahu mungkin akan berfikir bahawa dia ini sesat, walhal jika korang mengkaji kitab-kitab dengan lebih lanjut (Al-Quran, Sunnah dan kitab-kitab agama) maka secara jelasnya tak ada pula percanggahan.

Part yang mana, itu aku tak mahu terangkan kerana ilmu aku belum tinggi, jadi aku tak mahu dikatakan memandai-mandai. Bak kata arwah datuk aku, berhujah jika tak cukup ilmu adalah sia-sia umpamanya perihal Wahabi dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini kerana kedua-duanya adalah betul dan tak salah (kalau Wahabi salah, jadi tak sahlah sesiapa yang mengerjakan ibadat dekat Mekah sana).

Berbalik kepada point asal aku, bad days adalah perkara biasa. Tak manusia namanya kalau tak ada timbul masalah. Cuma kadangkala, aku juga akui bahawa penyelesaian kepada sesuatu masalah itu sukar dilihat dan lambat sampai.

Jadi, apa yang harus dibuat? Kalau korang tanya pakar motivasi sekalipun, jawapannya tetap ada pada korang kerana mereka hanya menunjukkan jalan sahaja. Cuma kalau boleh, janganlah perasaan itu dibawa-dibawa sehingga tempias kepada orang sekeliling yang maknanya melepaskan kemarahan terhadap orang lain.

Aku tak tahu apa yang berlaku kepada seorang kawan aku. Aku harap dia baik-baik sahaja walaupun Facebook dan blognya dah ditutupnya. Pos ini pun sebenarnya aku tujukan kepada beliau sebagai tanda sokongan.

Dalam masa yang sama, aku juga tujukan kepada diri sendiri. Waktu ini memang waktu yang kritikal berbanding waktu-waktu biasa (aku juga pernah terfikir untuk ‘on hiatus’ menulis di blog ini). Dan harap-harapnya, ‘jalan jauh’ yang aku ambil ini tak akan mengecewakan.

____________________


"Bila ketetapan Tuhan sudah ditetapkan, tetaplah sudah."

SEKIAN
7:47 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik