<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, July 19, 2010

Untitled VI

1. Dulu sewaktu kecil, kau orang mesti rajin bermain 'masak-masak' kan? Ish, tak usah tipu akulah ya. Aku pun pernah juga. Agaknyalah, oleh kerana Jay Shafer tak dapat melupakan permainan 'masak-masak' sewaktu kecilnya, maka dia mencipta Tumbleweed macam gambar di atas. Bagi aku, ianya sungguh menarik, simple dan kemas. Bak kata lecturer Keusahawanan aku, masalah orang adalah suatu bisnes yang boleh berjaya. Berapa ringgit agaknya rumah dia ini?

2. Sekarang, kalau kita melepak atau makan di mana-mana restoran, melihat budak-budak masa kini bermain PSP adalah perkara biasa. Dulu, paling hebat pun adalah benda yang Nintendo keluarkan itu (entahlah, aku dah lupa). Kiranya, sesuailah dengan peralihan zaman. Cuma di zaman Twitter, Facebook, dan blog ini, budak-budak perempuan sekolah rendah atau sekolah menengah kini ada lagikah menyimpan 'buku biodata'? Buku ini biasanya 'merekodkan' perkara-perkara menarik mengenai rakan-rakan atau 'lelaki idaman', umpamanya seperti 'minuman kegemaran' atau 'artis kegemaran'.

3. Kalau kau orang baca berita INI atau INI, maka intipatinya adalah berkenaan Mona Lisa. Aku bukan nak bercerita pasal sejarah Mona Lisa atau teori-teori di sebalik kemisteriannya, tetapi alternatifnya yang lain. Aku selalu terfikir, bagaimana kalau gambar Mona Lisa ini sebenarnya memang sekadar gambar sahaja. Maknanya di sini, Leonardo da Vinci memang hanya mahu melukis gambar seorang wanita, dan bukannya seperti yang sering diperdebatkan oleh para saintis. Jadi, aku terfikir bahawa dari satu sudut yang lain, saintis-saintis yang berhempas-pulas mengkaji hasil karya Leonardo da Vinci tersebut sebenarnya bagaikan diperbodohkan oleh hanya sekeping lukisan yang sebenarnya mungkin benar-benar sekadar sebuah lukisan, tak lebih dari itu. Tetapi dah memang lumrah orang Barat, mereka memang suka mengkaji dan itu yang bagusnya mengenai mereka.

4. Aku ada seorang kawan, lebih senang cerita, juga jiran aku sendiri. Dalam hard disk dia, sungguh kurang lagu-lagu pop, dan sebaliknya banyaklah lagu metal, hardcore dan sebagainya yang menunjukkan bahawa ianya 'keras'. But somehow, sewaktu playlist dalam kereta aku sedang memutarkan lagu Miley Cyrus (ya, aku juga menyukai muzik pop), dia boleh menyanyi dari awal sehingga habis. Maksudnya di sini, dia hafal lagu itu. Manusia sememangnya adalah menarik, kan?

____________________


"And in time you will remind me that I wish we were the same."

SEKIAN
4:35 PM
1 KATA HATI
[ 1 ] PENDAPAT

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

kepada ibnu S, jangan marah arr.. nanti kena jual. ahaha!

7/19/2010 7:49 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik