<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, May 29, 2010

Jepun Di Mata Hati Seorang Rakyat Malaysia

Okay, updates updates. Aku dengan suka hatinya sedang 'sibuk melayan' Maria Ozawa. Silap, maksud aku drama Jepun atau istilah glamournya J-Dorama.

Sempena ulang tahun Fuji TV yang entah ke berapa, sebuah drama baru dibikin dengan dibintangi oleh Kimutaku (Kimura Takuya). Semenjak aku mengenali mamat ini dalam drama Hero dulu, dia terus menjadi salah seorang aktor favourite aku. Malahan, aku selalu juga cuba nak meniru gaya rambutnya walaupun biasanya failed.

Tsuki no Koibito, bagi kau orang kaum hawa, bolehlah aku sifatkan sangat sesuai untuk ditonton. Temanya cinta tetapi bukanlah seperti drama Korea yang sesetengah daripada kau orang sangat minati itu. Tolonglah jangan minta aku suggest drama Korea apa yang best kerana aku sebenarnya sangat-sangat tidak menyukai drama Korea (lain kali aku buka topik pasal drama Korea).

____________________


Troubleman, satu drama yang menarik dan kelakar sebenarnya. Intronya dalam episod satu saja dah boleh membuatkan orang tertanya-tanya dan tergelak. Ya, boleh juga kalau nak ditambah dengan "Huh, what the fuck?"

Setiap karakter ada ceritanya tersendiri. Seorang pembunuh upahan telah hilang ingatan, seorang dikejar oleh Yakuza, seorang disangkakan pervert, hero utama yang tak bersalah, dan perempuan yang sedikit psiko. Entah macam mana, mereka akhirnya berada dalam satu situasi yang pelik untuk digambarkan.

____________________


Sunao ni Narenakute, satu lagi drama yang bertemakan cinta (bersegi-segi). Nampaknya Eita dan Ueno Juri ini dah boleh menjadi satu pasangan yang ideal macam Kimutaku dengan Matsu Takako suatu ketika dulu. Lagipun, dah banyak drama dan filem yang menampilkan mereka berdua secara bersama.

Masih mahukan Korea lagi? Okaylah, dalam drama ini ada seorang mamat Korea. Tetapi jangan tanya siapa nama dia kerana selain Rain, Jang Hyuk, Jeon Ji Hyeon, Song Hye Kyo, dan adalah lagi beberapa orang, aku tak tahu (aku memang tak meminati drama-drama Korea, tetapi aku sangat menggemari filem-filem Korea).

____________________


Shinzanmono, drama yang menjadi top priority aku disebabkan pelakon utamanya adalah mamat di atas (jangan salah sangka, gua bukan gay). Dia ini pun aku kenal semenjak menonton drama Hero dulu. Apa yang menariknya, lakonan dia sentiasa menghiburkan dan unik.

Drama ini bertemakan kepolisan, tetapi jauh panggang dari api untuk disamakan dengan Gerak Khas, apatah lagi Sarjan Misai. Penerbit dan pengarahnya pun lebih bervisi jauh serta kreatif daripada Yusof Haslam. Itu cerita lain.

Drama ini mempunyai sedikit persamaan dengan siri TV The Mentalist melalui watak utamanya. Namun begitu, Kaga Kyoichiro di tangan Abe Hiroshi tak bersifat sinis dan sarkastik macam Patrick Jane. Inilah bezanya nilai-nilai ketimuran dengan Barat.

____________________


Zettai Reido, satu lagi drama bertemakan kepolisan. Jepun ini suka benar membikin drama-drama sebegini. Tetapi bagusnya, setiap drama tak membosankan dan menampilkan kelainan tersendiri.

Sebenarnya pun, aku belum boleh menilai drama ini sepenuhnya disebabkan subtitlenya baru setakat episod satu. Tetapi melihatkan terdapat beberapa orang pelakon hebat di sini, aku harap drama ini tak menampilkan sesuatu yang klise. Lagipun, dah lama aku tak melihat Ueto Aya selepas Hotelier (aku belum ada masa nak menonton drama-drama dia selepas Hotelier seperti Hokaben, Celeb to Binbo Taro dan sebagainya).

____________________


Kaibutsu-kun, merupakan sebuah drama komedi-fantasi. Kostum Kaibutsu dalam drama ini sedikit menyamai kostum yang digunakan Ohno Satoshi dalam dramanya sebelum itu iaitu Uta no Onii-san. Aku mula menyukai lakonan mamat ini setelah dia berjaya membawakan wataknya dalam Uta no Onii-san, jadi pengaruhnya masih boleh dilihat sedikit dalam drama Kaibutsu-kun ini.

SEKIAN
11:20 PM
3 KATA HATI
[ 3 ] PENDAPAT

Blogger AnnMoee berpendapat bahawa:

will gonna watch 'Sunao ni Narenakute' ... yey!
thanks for the info~~ ;D

6/03/2010 11:31 AM

 

Blogger MAI'demoiselle. berpendapat bahawa:

TROUBLEMAN.

yes dah jumpa something untuk ditonton. Thanks jugak for the info :D

Dan oh, Celeb To Binbo Taro sangat menghiburkan! :D

6/03/2010 11:40 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

wow really? i tengah enjoy layan Tsuki no Koibito dengan Shinzanmono. hehe

6/10/2010 3:32 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik