<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, April 24, 2010

Blog Dalam Pembangunan Negara Secara Mapan

Walau apa pun alasan yang diberikan, rata-rata aku melihat para blogger sangat mengejar trafik. Itu pasal agaknya orang kita suka melanggar lampu trafik ketika masih merah. Tetapi masing-masing ada alasan tersendiri, dan aku tak salahkan kau orang.

Tetapi sebenarnya, ada pro dan kontra juga benda-benda macam ini. Melainkan kalau kau orang memang jenis sukakan perhatian, itu aku tak payah cerita. Aku cuma rasa betapa lecehnya jika ramai sangat orang mengenali aku.

Maksud aku macam ini, dalam blog kau, gambar-gambar kau habis penuh diletakkan. Tak kisahlah macam mana kau nak pose, apa yang penting muka kau akan dicamlah selepas itu. Katalah kau suka merepek benda yang bukan-bukan dalam blog kau (biasalah, blog kau, suka hati kaulah nak tulis apa, tak begitu?), selepas itu kau melepak dekat mana-mana tempat, contohnya restoran mamak dan di situ ada pula beberapa orang yang mengecam muka kau.

Masalah akan timbul di sini. Jika kau menulis di blog tetapi perkara-perkara yang ditulis itu tak seperti peribadi kau yang sebenar, orang yang mengecam kau tadi dengan mudah akan menggelarkan kau poyo, menurut bahasa budak-budak sekaranglah. Apa yang tak seronoknya lagi, orang yang mengecam kau itu tadi pun mempunyai blog juga, dan dari situlah dia mula menokok tambah cerita yang tak enak didengar mengenai kau.

Ini yang sebenarnya aku cuba nak elakkan apabila menulis di blog. Atas sebab itulah, aku tak nak mendaftar di Nuffnang whatsoever walaupun boleh mendatangkan duit. Oleh kerana itu juga, aku jarang nak memberikan komen dekat blog orang melainkan pos di blog tersebut menarik hati aku atau blogger tersebut merupakan kenalan atau kawan aku sendiri.

Biasalah, orang kita masih lagi ramai yang bersifat skeptikal. Atas dasar itu, aku berasa agak leceh kalau ramai yang mengetahui tentang blog aku lebih-lebih lagi jika terdapat di kalangan ahli keluarga aku yang membacanya. Setakat kawan-kawan atau kenalan, itu aku tak kisah pun.

Jadi aku minta maaflah sekiranya ada di antara kau orang yang blog walking dekat blog aku, tetapi aku seperti tak melayan semula. Kau orang silap, kerana aku lebih selesa dengan status silent reader. Tambahan pula, adalah jenis blog yang aku tak gemar nak kunjungi, contohnya yang menulis dengan perkataan yang terlalu short form dan sekejap huruf besar sekejap huruf kecil (percayalah, ianya menyukarkan orang untuk membaca).

Akhir kata, bahaya juga kalau terlalu banyak perkara mengenai diri sendiri ‘dilaporkan’ ke dalam blog. Ia boleh menjadi kes jenayah, dan ia juga boleh menjadi suatu obsesi yang membahayakan. Dan nasihat aku lagi, elak-elakkanlah meletakkan alamat rumah kau orang dan yang sewaktu dengannya kerana ia boleh menjadi perkara yang paling bodoh yang kau orang mungkin akan menyesal.

____________________


"Boy, you're gonna carry that weight. Carry that weight a long time."

SEKIAN
1:14 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Taufik Jusoh berpendapat bahawa:

OoooOooOo.. cakap pasal blog aku merepek ya! Putus kawan! huh!~

4/24/2010 2:04 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

bila plak aku cakap pasal blog ko merepek. ko ni, jangan perasan.. :P

4/24/2010 2:07 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik