<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, March 24, 2010

Suatu Ketika

Korang tahu, kalau lelaki duduk melepak berborak-borak pasal kisah lama lebih-lebih lagi yang ada sangkut paut dengan cinta, awek-awek yang duduk dekat meja sebelah boleh terjeling-jeling. Dari riak muka diorang, macam berminat sungguh nak mendengar kitorang punya cerita. Ini macam, program Oprah pun boleh jatuh ratingnya.

Aku sebenarnya sangat suka mendengar kisah-kisah cinta kawan-kawan aku. Bukannya apa, kisah-kisah diorang lebih realistik daripada novel-novel cinta yang kebanyakan tajuk-tajuknya, ustazah sekolah aku dulu pun tersengih-sengih membacanya (macam ada kena-mengena dengan diri sendiri pula). Cuma bezanya, ‘drama percintaan’ kawan-kawan aku setakat ini belum lagi melibatkan Dato’-Dato’ atau Tan Sri-Tan Sri, dan tidak pula berlaku di rumah banglo dua tingkat (ini contoh analogi saja).

Bagaikan Hasbullah Awang, aku cuba bertanyakan soalan kepada diorang dengan disertai pepatah yang entah dari mana datangnya. Kalau nak ikut gaya terjah Nas Ahmad, nanti confirm punya jawapannya akan menjadi emosional. Tak naklah aku kalau diorang menjawab, “Ada aku kisah?”

Tak educated langsung jawapan macam itu, lain benar dengan Albert Einstein punya E = MC². Mamak yang menjadi tukang mengambil order pun lagi bernas jawapannya kalau ditanya kenapa air minuman boleh tersalah bagi. Kalau masuk pertandingan debat, ada harapan nak menang saguhati yang mungkin hadiahnya berupa tupperware.

Aku suka mendengar Hazri apabila bercerita. Dari mimik mukanya yang suci itu, dia bercerita dengan penuh gaya, tanpa mutu dan taklah begitu unggul. Sesekali, awek-awek sebelah yang mencuri-mencuri dengar itu tak senang duduk dibuatnya, walhal bunyi Yahoo! Messenger diorang dah berbunyi-bunyi.

Tiba part aku bercerita, muzik latar dalam laptop awek sebelah meja tadi kedengaran agak melankolik pula. What the hell, cerita aku bukannya sedih macam filem Sembilu dan Sembilu II pun. Kalaulah waktu itu, awek tersebut memasang lagu Ahmad Jais bertajuk ‘Budi Setahun Segunung Intan’, pasti aku dah berani meminta e-mail Facebooknya.

Apa sekalipun, aku dulu mengusha awek aku (ops, ex-girlfriend) dengan menggunakan e-mail juga. Betul, aku memang menggunakan e-mail saja waktu itu walaupun sesekali itu, ada juga aku menggunakan surat yang disembur dengan perfume. Biasalah, akhir-akhir tahun 1990-an, internet adalah kegilaan remaja sebaya aku sebagaimana budak-budak sekarang gila shuffle (entah apa-apa).

Tapi sebenarnya aku agak pelik. Kenapa pos-pos aku dalam bulan Mac ini banyak sangat yang jiwang-jiwang? Oh agaknya, aku banyak sangat makan Indo Mie dekat kedai mamak sejak akhir-akhir ini.

SEKIAN
6:35 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik