<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, December 1, 2009

Tentang Sinema Jepun

Banyak bezanya menonton filem Jepun dengan Korea mahupun Hollywood, apatah lagi Malaysia lebih-lebih lagi Melayu. Orang Jepun sebelum membuat filem, diorang akan mengkaji betul-betul sesuatu skrip. Ini samalah dengan cara diorang membuat robot (atau barangan elektronik) so itu pasallah Barat pun boleh kagum dan respect sama diorang serta berlumba-lumba nak remake balik filem-filem Jepun.

Dalam konteks Hollywood, diorang bukannya tak mengkaji langsung cuma biasanya apa yang dibikin tak seperti apa yang dikaji. Contoh paling senang yang selalu diorang rosakkan ialah adaptasi daripada novel ke filem (atau komik ke filem). Sesetengah produser (atau kebanyakan) yang cuma mahu mengaut keuntungan kebiasaannya akan lebih menjahanamkan cerita yang penat-penat dikarang oleh para penulis walaupun penulis-penulis ini sendiri turut disertakan sebagai penyunting bersama.

Dalam konteks Korea pula, sebenarnya tak adalah banyak sangat bezanya sebab diorang pun lebih kurang serumpun saja. Tapi, masih lagi berbeza apabila menonton filem Korea yang kadang-kadang aku tak berapa faham dengan konsepnya. Kalau aku boleh bagi contoh, katalah dalam sebuah filem bergenre cinta, Korea lebih banyak unsur-unsur humor berbanding dengan Jepun (tapi aku still prefer filem-filem Jepun).

Kalau bercakap dalam konteks filem Melayu pula, nak kritik teruk-teruk pun bukannya ada guna selagi minda para produser ini tak mahu diubah. Banyak filem Melayu mempunyai jalan cerita yang longgar, dan dialog yang kadangkalanya kedengaran agak annoying apabila diucapkan. Itu belum lagi aku sentuh bab teknikal seperti muzik latar (atau bunyi-bunyian) yang suka sangat diambil daripada kutubkhanah bunyi dan juga kualiti gambar (sinematografi) yang macam tahap amatur.

Kalau dalam filem Jepun, dari segala aspek akan diambil perhatian. Aku tak mahu bercerita dari segi skrip dulu, tapi aku nak mention dari segi muzik latar saja sebagai contoh, di mana diorang dengan kreatifnya akan mencipta skor muzik (atau muzik latar) khusus untuk sesebuah filem. Kalaupun ada sesetengah muzik pop dimasukkan sebagai muzik latar, ia masih akan turut digubah sama ada melalui sekadar permainan piano, violin dan sebagainya (satu contoh yang baik di mana diorang tak terlalu bergantung kepada kutubkhanah bunyi sedia ada).

Walaupun biasanya para pengarah tak akan mengambil bulat-bulat cerita yang ada dalam sesebuah novel (sebagai contoh lagi), namun diorang masih lagi akan memastikan filem yang dibikin berlandaskan kepada novel tersebut secara konsep, motif, naratif, teori dan sebagainya. Itu pasal dalam banyak-banyak filem, filem Jepunlah yang banyak menyentuh hati aku dengan tema kekeluargaannya, cinta, friendship, kesukanan dan lain-lain. Pendek kata, dalam bab-bab feeling ini, orang Jepun agak hebat dalam memvisualkannya melalui filem.

Tapi itulah produser atau pengarah filem kita, suka sangat dengan konsep nak kaya cepat. Apabila kehendak hati itu tak dapat nak dibendung dan dipada-padakan, maka banyaklah filem entah apa-apa dihasilkan (lebih-lebih lagi arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen, Yusof Haslam dan anaknya). Rasanya lebih bagus kalau ramai pengarah yang mengambil sedikit konsep filem arahan Yasmin Ahmad, Afdlin Shauki atau Kabir Bhatia yang mampu menyampaikan mesej dengan berkesan.

Bagaimanapun, perkembangan filem di Malaysia sangat memberangsangkan. At least, kita dah tak payah nak menarik banyak-banyak filem seberang yang sebenarnya tak mendatangkan banyak faedah pun kepada masyarakat kita. Ini juga sepatutnya berlaku kepada industri drama kita, so tak adalah nanti budak-budak kecil zaman sekarang “lebih menghayati” produk daripada seberang berbanding produk sendiri.

SEKIAN
12:08 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik