 Ada apa dengan British? Well, banyak sebenarnya selain daripada bahasa Inggeris yang memang asalnya dari situ. Oh, kalau fakta ni salah, pandai-pandailah korang google sendiri sebab aku tak ada masa nak memperbetulkannya. Kenapa aku rasa British lagi menarik daripada Amerika? Pertama, apa yang menarik adalah bahasanya sendiri. Sebenarnya aku tak berapa suka mendengar slang Amerika kerana bagi aku slang British lebih sexy tak kiralah seperti Liverpool dan Sheffield di England atau di Ireland sendiri (well, macam penggunaan perkataan bollocks, mate atau love yang sering digunakan). Then, diorang ada Mr. Bean. Walaupun Amerika juga banyak pelawak-pelawak dengan aksi yang merepek dan kadang-kadang entah apa-apa tu, tapi Mr. Bean lebih kelakar dengan lawak lurus bendulnya tu. Hiburan utama aku sewaktu kecil dulu adalah Mr. Bean sehingga banyak video tape yang disewa kerana tak puas menyaksikan gelagatnya di TV. Lagi, tentu sekali kerana sukan bola sepak yang dipopularkan dan diperkenalkan oleh diorang. Memang betul bukan diorang yang mencipta permainan ni, tapi Law of the Game yang diorang bikinlah menyebabkan bola sepak dimainkan seperti sekarang. Apa kejadah American Football, macam rugbi versi pondan saja dan tak selalu pun menggunakan kaki lalu perasan pula nak menggelarkannya sebagai football. Melihat sisi muzik pula, kebanyakan genre seperti pecahan pelbagai subculture juga datangnya dari British (you name itlah sendiri). Maknanya, kebanyakan pemuzik British sebenarnya lebih kreatif daripada kebanyakan pemuzik Amerika yang selalu perasan dioranglah terbaik. Penangan British Invasion baru sedikit impaknya, tapi kita masih boleh melihat masyarakat Amerika tergila-gilakan The Beatles dan sebaliknya di British fenomena sebegitu (kononnya seperti American Invasion) seperti jarang berlaku kerana pemuzik atau artis berbakat dah terlalu ramai di situ. Kalau melihat dari segi filem pun, pandangan peribadi aku mengatakan bahawa menonton filem-filem diorang lebih menarik walaupun penggunaan teknologi adalah minimum. Melalui dialog saja (melalui penggunaan bahasa), aku boleh tergelak dan tergeleng-geleng kepala kerana lawaknya banyak yang bersahaja. Contohnya, korang boleh cuba menonton filem The 51st State, In Bruges, Hot Fuzz dan lain-lain. Walaupun begitu, Amerika mungkin masih menang dari satu segi. Ya, tekaan korang salah sama sekali, ia adalah siri TV sebenarnya. Oleh kerana kebanyakan life masyarakat Amerika membosankan (seperti yang sering dipaparkan dalam filem) ditambah dengan keluasan tanah yang besar, maka para penerbit di Hollywood bertindak bijak dengan menghasilkan pelbagai siri TV yang menarik seperti Chuck, Supernatural, The Mentalist dan sebagainya di mana aku sungguh seronok menontonnya.
* Pandangan rambang aku mungkin banyak biasnya tapi nak buat macam mana, nama pun “pandangan peribadi”. |
11/16/2009 2:19 AM