<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, October 21, 2009

Papadom

Aku rasa, dah banyak blog yang mengulas tentang filem ni. Jadi, aku tak perlu nak kata panjang-panjang pasal filem Afdlin Shauki yang satu ni. Sebetulnya, hari kedua tayangan rasmi filem ni di pawagam aku dah menontonnya tapi baru sekarang aku nak menulis (mungkin sebab nak menambah pos dalam blog untuk bulan Oktober ni).

Sebagai menambah ulasan positif daripada pengkritik-pengkritik filem lain, aku turut bersetuju bahawa filem ni memang layak dinobatkan sebagai filem terbaik sebelumnya. Walaupun begitu, aku masih tetap rasa ada sesuatu yang kurang dalam filem ni. Tapi, keseluruhannya aku masih tetap berpuas hati dengan hasil kerja Afdlin kali ni.

Sewaktu menonton filem ni, aku sebenarnya sangat tertunggu-tunggu dialog-dialog Syukor lakonan Harun Salim Bachik. Setiap kali Syukor bercakap, pasti ada dialog yang aku tak tahan nak gelak. Dia dengan muka yang serius masih mampu lagi membuatkan audiens gelak terbahak-bahak.

Tapi, bab Anugerah Cerita Asal Terbaik yang dimenangi filem ni jika dalam konteks filem Melayu atau Malaysia bolehlah aku andaikan sebagai layak dimenangi. Bagaimanapun, dalam konteks antarabangsa, konsep macam ni dah lama ada. Sebagai contoh, filem ni mungkin mengambil sedikit konsep drama Jepun yang bertajuk Hanayome to Papa yang ditayangkan pada tahun 2007.

Apa-apa pun, tahniah buat Afdlin kerana masih tidak putus-putus menyajikan sesuatu yang segar dan menarik. Tema kebapaan yang diangkat oleh Afdlin sebenarnya agak kurang dalam filem-filem Melayu khususnya dan Malaysia amnya. Akhir kata, filem ni cukup berkesan meninggalkan sesuatu dalam hati aku yang mana ianya membuatkan aku teringatkan arwah ayah aku.

SEKIAN
11:35 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik