<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, October 19, 2009

Brand New Eyes

Okay, review ini sepatutnya dah aku pos dua minggu yang lepas. Tapi entah macam mana boleh terdelete sebelum aku menulis semula berkenaannya. Apa-apa pun, sekali lagi, ini adalah review bertaraf lebih rendah daripada amatur yang aku cuba pos.

Pertama sekali, rasanya ramai orang di luar sana suka membandingkan Hayley Williams si vokalisnya dengan Avril Lavigne. Dari segi vokal, aku tak nafikan bahawa kadangkala adalah sedikit persamaan tona vokal di antara Hayley dan Avril. Tapi rasanya, kalau boleh diberikan gambaran percentage, aku boleh kata cuma dalam lingkungan tak lebih daripada 5% saja persisnya.

Oleh itu, Hayley mempunyai kredibilitinya yang tersendiri dan begitu juga dengan Avril. Cuma bezanya sekarang, Avril dah lebih lari ke arah pop manakala Paramore masih lagi dengan rootnya walaupun masing-masing berada dalam alam mainstream (kalau dah nama pun mainstream, unsur pop mesti ada walau sedikit, tak begitu?). Ah tapi siapa kisah, persoalan “true” atau tak, aku bukan peduli pun sebab muzik masih lagi universal dan meminati sesuatu genre muzik tak bermakna kau orang sebagai penggemar (lain cerita kalau kau orang pemuzik) “wajib” mengikuti trend budayanya sekali.

Daripada dua album sebelumnya, aku boleh katakan bahawa Brand New Eyes adalah album terbaik Paramore setakat ini. Daripada kekuatan vokal Hayley sendiri sehinggalah ke susunan muziknya, kesemuanya menunjukkan suatu bentuk peningkatan kualiti. Maka tak hairanlah kalau rata-rata pengkritik muzik profesional memberikan penilaian yang tinggi terhadap album ini.

Bagi aku, muzik diorang kali ini kedengaran agak matang. Maknanya, walaupun diorang masih dalam lingkungan umur 20-an, tapi kematangan muzik diorang menjadikan album ini sungguh syok untuk dilayan berulang-ulang kali bagaikan hasil kerja daripada band berpengalaman. Diorang boleh menjadikan pembenci muzik diorang sebelum ini barangkali mula meminati album ini dan itu pun kalau telinga serta otak pembenci tersebut masih boleh bertolak ansur dengannya (maknanya “tak degil” menerima muzik diorang).

Kesimpulannya, lagu-lagu yang menjadi personal favourite aku dalam album ini termasuklah Ignorance, Playing God, Turn It Off, The Only Exception dan Where The Lines Overlap. Aku cukup suka mendengar Hayley dalam nada tingginya, dan juga dalam nada melankoliknya. Pendek kata, Paramore beruntung mempunyai vokalis yang berbakat sepertinya di samping bandmates yang berkaliber.


Rating: 4/5

SEKIAN
2:35 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik