<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, October 22, 2009

Detroit Metal City

Death metal, satu genre muzik yang ramai orang kurang gemari. Bagi aku pula, tiada masalah selagi aku rasa telinga ni masih boleh menerima. Genre death metal ni pun bagi aku sangat menarik untuk didengari walaupun aku bukanlah into sangat.

Kenichi Matsuyama pula di Jepun sangat terkenal sebagai pelakon yang versatil. Dia biasanya melakonkan watak-watak yang agak pelik dan sukar. Tapi biasanya, dia sangat berjaya melakonkan watak-watak tersebut bagaikan dah dicipta untuk dia lakonkannya.

Sama seperti dalam filem Detroit Metal City (DMC) ni, dia melakonkan watak yang sebenarnya bukan calang-calang orang boleh membawakannya. Dalam filem ni (diangkat daripada komik bertajuk sama), dia melakonkan dua watak yang berbeza karakter. Satunya, dia melakonkan watak figura utama filem ni iaitu Soichi Negishi, dan watak keduanya ialah alter-ego kepada figura utama tersebut iaitu Johannes Krauser II.

Maknanya di sini, watak biasa dalam filem ni ialah seorang pemuda yang meminati genre Swedish pop dan bercita-cita untuk menjadi artis pop mengikut idolanya. Alter-egonya pula adalah vokalis bagi band bernama Detroit Metal City (DMC) yang memainkan genre death metal. Ketika waktu biasa, wataknya adalah seorang yang agak lembut tapi apabila beraksi dalam band tersebut, dia secara automatiknya akan berubah karakter menjadi lebih agresif.

Aku pada mulanya agak sukar mempercayai bahawa Kenichi benar-benar menyanyikan lagu-lagu death metal tersebut sebab dia sendiri bukannya penyanyi dari awal pembabitan seninya. Tapi, agak mengejutkan apabila mendengar suaranya yang sedap dan “kena” tu. Sebagai mempromosikan filem ni, sebuah album penuh dengan menggunakan nama band rekaan tersebut iaitu DMC telah dilancarkan dengan Kenichi sendiri menyanyikan keseluruhan lagu (kecuali track terakhir).

Sebagai alter-ego dalam DMC, Kenichi berjaya membawakan watak seorang vokalis band death metal yang agak "true" (walaupun ditunjukkan dengan babak yang kadangkala lucu). Pada satu masa, aku rasa seperti tak mempercayai bahawa si vokalis dengan nama Johannes Krauser II tersebut memang Kenichi tersendiri. Ini mungkin disebabkan oleh make-up dan kostum yang dipakai tersebut rasanya.

Kesimpulannya, filem ni bagi aku sangat menghiburkan walaupun ianya tak sesuai ditonton bersama-sama ahli keluarga terutamanya kanak-kanak. Boleh dikatakan bahawa DMC adalah filem yang diadaptasi daripada komik atau manga dengan jayanya. Harap-harapnya nanti, jangan pula Hollywood remake filem ni lalu menghancurkan terus segala-galanya seperti yang berlaku dalam filem Dragonball Evolution.

SEKIAN
2:58 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik