<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, September 13, 2009

The Beatles: Remastered In Stereo

Oleh kerana dah agak lama tak menjenguk MidValley Megamall, makanya semalam pergilah juga untuk tujuan berbuka puasa dan window shopping. Aku kalau ke mana-mana shopping complex memang biasanya akan masuk kedai sukan (macam Al-Ikhsan), kedai buku dan kedai muzik. Kali itu pula, tujuan aku ke kedai muzik adalah semata-mata untuk melihat sendiri versi remastered album-album studio The Beatles yang dikeluarkan pada 9 September 2009 yang lepas bersempena dengan nombor 9 yang menjadi ketaksuban John Lennon semasa hidupnya.

Melihat kepada rak CD tersebut, aku kira dah sedikit berkurangan jumlahnya. Ini bermakna ramai juga peminat setia The Beatles (sama ada generasi lama atau baru) yang sanggup menghabiskan kira-kira RM700 untuk membeli kesemua 14 buah album. Oleh kerana bajet aku tak banyak, aku bercadang nak membeli secara sedikit demi sedikit bermula dengan album The Beatles yang paling aku minati iaitu With The Beatles.

Biasanya versi mono album-album The Beatles lagi bernilai untuk dimiliki tapi agak mustahil untuk aku memilikinya oleh kerana kesukaran mendapatkannya (juga kerana terlalu mahal). Bagaimanapun, mendengar hasil remastered daripada apa yang aku sempat download agak mengujakan aku kerana kualiti bunyinya sangat baik tanpa merosakkan keasliannya. Justeru itu, aku kira agak berbaloi membeli kesemuanya nanti secara berperingkat-peringkat kerana aku sangat menggemari muzik The Beatles dan setakat ini, hanya The Times saja band daripada Malaysia yang aku kumpulkan kesemua albumnya menunjukkan bahawa kurangnya muzik tanah air yang aku gemari (adalah lain-lain aku beli tapi hanya album yang aku suka saja seperti album Seperti Dulu oleh Exists).

SEKIAN
5:03 AM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger l t t l g j h ; berpendapat bahawa:

just knew that john lennon suka no 9. wahhh samee. tehee :)

9/13/2009 7:01 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

dia memang taksub ngan no. 9.
menariknya, dia lahir pada 9hb dan mati juga pada 9hb (waktu britain)

9/15/2009 6:14 AM

 

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

Apa kurangnya band Wings & Awie dgn The Beatles & John Lennon..
Bukan kerana kualiti lagu & suara..
tp kerana mereka rakyat MALAYSIA & org MELAYU..
Mngkn nsb mereka berubah jika mereka dlhirkan sbgai 'MAT SALLEH'.

Bisa kita fikir dan renungkan..

10/04/2009 11:21 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

Wings, Search dan seangkatan dengannya memang berada dalam list kesukaan aku. mereka tak dinafikan adalah legend. muzik2 mereka ada banyak yang aku kumpul cuma tak perlu rasanya nak disenaraikan kesemuanya di sini.

sebenarnya point "kurangnya muzik tanah air yang aku gemari" lebih aku tujukan kepada muzik 90-an malaysia yang aku tak berapa suka. contohnya macam kelahiran banyak band cengeng seperti spin, spoon, umbrella, q-face, boboy, new boyz dan sebagainya. ini adalah sama dengan apa yang cuba dipopularkan kembali oleh band seberang seperti ST12 dan Matta.

well, taste muzik seseorang tu kan berbeza. tak boleh nak dipaksa seorang penggemar muzik death metal untuk meminati pop dan sebaliknya.

kalau nak bercerita pasal muzik 60-an atau 70-an malaysia, infonya terlalu kurang. jadi generasi baru macam aku tak berapa tahu mengenainya. tapi, aku tetap mencarinya kerana aku pernah terdengar di Sinar FM dan baru2 ni di TV2 yang memaparkan muzik era2 itu. ternyata, boleh dikatakan mereka ini sama level dengan the beatles. cuma bak kata encik anonymous, mereka dilahirkan sebagai melayu dan bukan 'mat salleh', maka hasil karya mereka setakat berlegar di sekeliling mereka saja.

tapi, memandangkan sekarang era globalisasi, sumber dan inspirasi mudah didapati di internet. jadi, aku agak teruja melihat scene muzik di malaysia terutamanya indie/underground yang dah makin banyak dipelbagaikan. kalau dulu, boleh dikatakan agak payah nak dapatkan kaset atau muzik yang hanya boleh didapati melalui gig. tapi, oleh kerana sekarang zaman internet, maka muzik tu boleh dishare dan aku turut membantu promote muzik mereka kepada rakan2 aku di luar malaysia seperti jepun.

apa2 pun, sharing is caring.

10/04/2009 4:55 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik