<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Friday, September 11, 2009

Diskriminasi

Kalau korang perhatikan, aku banyak mengarut tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan sosial dan kemanusiaan. Secara umumnya, aku memang suka subjek berkaitan manusia ini disebabkan aku gemar memerhatikan tingkah laku mereka. Lagi pula, aku pun manusia juga maka normallah sekiranya subjek ini yang aku suka kritik, komen, puji atau apa saja.

Apabila bercakap tentang isu-isu kemanusiaan, aku suka melihat satu sisi gelap manusia yang pada aku sendiri pun ada iaitu diskriminasi. Tapi percayalah, aku punya tahap diskriminasi taklah seteruk tahap tertinggi kaum Saiya seperti Son Goku. Adalah sedikit kadang-kadang itu tapi ianya bergantung kepada keadaan dan ianya pun aku rasa normal yang terdapat pada semua orang.

Apakah yang aku maksudkan itu, lain kali aku akan ceritakan (itupun kalau aku teringat). Tapi, diskriminasi yang ini agak menarik perhatian aku. Ini semuanya kesan daripada kata-kata oleh seorang pensyarah aku dan aku rasa ianya memang benar.

Dulu semasa aku di sekolah rendah (lebih tepat UPSR), aku berada dalam kelas pertama. Kiranya, masyarakat suka menggelarkannya sebagai “kelas budak-budak pandai” (pandailah sangat). Habis itu, kelas yang selebihnya dicop “kelas budak-budak bodoh” jawabnyalah?

Nampak itu, contoh diskriminasi yang pertama. Well, aku rasa kebanyakan classmates aku waktu itu “biasa-biasa” saja melainkan terdapatlah beberapa orang yang memang diakui pintar. Selebihnya dari segi perangai, sikap atau lain-lain sama saja dengan budak-budak lain (kelas-kelas lain).

Bak kata pensyarah aku itu, apa motif dibahagikan kepada Kelas Bijak, Kelas Pintar atau whatsoever? Dengar kata, matlamat dasar pendidikan negara adalah mahu melahirkan ramai pelapis-pelapis berguna di masa hadapan, betul? Kalau macam itu, kelas yang diberikan prospek tinggi ini sajalah agaknya yang menjadi harapan tersebut dan selebihnya itu harus dibiarkan bagaimana?

Mesti korang pernah dengar tentang kelas khas, kelas intensif, atau ada juga “kelas rahsia”. Prospeknya budak-budak “pandai” ini sajalah dan selebihnya seperti diabaikan. Kesannya, tengoklah sendiri betapa kurangnya profesional atau bijak pandai lebih-lebih lagi di kalangan orang Melayu di mana sebilangannya suka membuat perkara-perkara sia-sia (fikir sendiri, banyak itu).

Aku bukan main cakap, sebab aku pun ada pengalaman juga. Walaupun aku berada dalam kelas A, tapi ada satu ketika pihak sekolah memberikan sasaran UPSR yang mampu dicapai kepada budak-budak semua. Secara jujurnya, aku cuma disasarkan 3A saja dan pada mulanya ianya agak menjatuhkan motivasi aku tapi kerana nasihat orang tua yang tak henti-henti akhirnya dapat juga 4A (selebihnya adalah sejarah).

Satu lagi, mentaliti masyarakat kita suka memandang seseorang melalui harta dan pangkatnya (contoh diskriminasi kedua). Cuba kalau seseorang itu memandu kereta BMW masuk ke mana-mana (contohnya universiti), senang saja pengawal memberikan laluan. Berbeza pula dengan yang memandu contohnya kereta Kancil, banyak pula yang mahu disoal dan itu belum lagi dengan pandangan mata sinis (aku tak kata semua, tapi adalah sebilangan).

Agaknya macam mana manusia-manusia akan datang nanti? Nak kata makin pandai, ramai juga selalu buat sesuatu perkara tak guna akal yang bernas itu lebih-lebih lagi dalam hal politik. Pendapat aku, pendidikan saja yang seharusnya dirombak dulu dan sekali lagi bak kata pensyarah aku tersebut, sepatutnya dibuang tabiat “takut mengubah sesuatu yang sudah lama diamalkan” sekiranya ianya dah tak berapa efektif serta relevan.

SEKIAN
7:49 PM
3 KATA HATI
[ 3 ] PENDAPAT

Blogger hazari. berpendapat bahawa:

dok dlm klas pndai pon.. klu prangai tk bule pkai.. tk de beze gak an..

secare fizikal o-ke.. klu mental ke-o.. tk le pkai gak. ades ~~

9/11/2009 10:51 PM

 

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

inilah realiti kehidupan..
bisa kita fikir dan renungkan..

9/11/2009 11:44 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

betul betul betul.

aisey, lemah betul "Anonymous" ni. nampak gaya macam spam. so, lepas ni terpaksa aku set jadi registered users + comment moderation.

9/12/2009 12:57 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik