<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Friday, August 28, 2009

Tag #8

Pertama sekali, salam Ramadan. Well, ini adalah pos pertama di bulan Ramadan dan aku mulakan dengan tag daripada Khaleeqa (sorry lambat buat). Aku percaya bahawa kau orang yang terlajak masuk ke blog aku ini mesti celik huruf, jadi sila lihat gambar di atas dan jika berminat boleh sambung membaca seterusnya.

  1. Pendidikan awal aku ada dua iaitu Tadika Taqwa dan kemudiannya berpindah ke Tadika Kemas.
  1. Sudah pandai cabut sekolah pada awal tadika lagi sewaktu di Tadika Taqwa disebabkan seorang pengasuh waktu itu suka sangat mencubit aku dan kesannya aku cabut lari mengikut lubang longkang yang muat-muat badan aku.
  1. Memang waktu kanak-kanak aku sangat degil dan tempat melepak yang aku suka adalah di atas bumbung zink rumah.
  1. Sempat juga aku bersekolah pada hari Ahad dan memakai seluar pendek yang aku sangat benci kerana seorang kawan aku suka menepuk paha aku dengan kuat (memang menyakitkan).
  1. Kalau aku tak nak pergi ke sekolah, aku akan membuat satu cara iaitu memusing-musingkan badan setempat supaya pening dan muntah-muntah yang boleh menjadi "bukti" aku tak berapa sihat.
  1. Perempuan pertama yang aku minati bernama Aqilah something (entah manalah dia sekarang).
  1. Siri cinta monyet tersebut bermula sewaktu aku darjah dua.
  1. Aku sangat sukakan Ultraman dan masih meminatinya sehingga sekarang.
  1. Disebabkan watak Ultraman, aku memenangi satu pertandingan melukis yang hadiah di tempat pertama hanyalah bekas minuman panjang (tupperwear rasanya orang sebut).
  1. Aku dulunya sangat aktif bernasyid dan pernah sekali menjadi penyanyi utama menyanyikan lagu Assalamualaikum (versi Rabbani) dalam satu majlis berbuka puasa di dewan makan asrama sekolah.
  1. Girlfriend rasmi pertama aku (sudah meninggal dunia) adalah ketika aku berada dalam tingkatan tiga (tahun 2000).
  1. Pernah dilantik menjadi ketua tingkatan selama dua tahun berturut-turut setelah kawan aku yang sebelumnya dilantik meletakkan jawatan atas alasan yang tak logik (boleh pula dia kata dekat guru kelas bahawa ayah dia tak bagi memegang jawatan tersebut padahal tak).
  1. Pernah menyertai satu kelab bola sepak dengan posisi pertahanan kanan dan hampir menyertai pemilihan untuk skuad Piala Nike Johor bawah 15 tahun tetapi akhirnya terkubur kerana arwah ayah aku tak membenarkannya akibat tak berpuas hati dengan prestasi pelajaran aku yang memang teruk.
  1. Bagaimanapun, terdapat sekali dalam hidup aku dapat nombor satu dalam kelas yang berjumlah lebih 40 orang di sekolah agama sewaktu peperiksaan akhir tahun (darjah empat), nombor dua dan nombor tiga sewaktu darjah lima di sekolah agama (pertengahan dan akhir tahun).
  1. Boleh dikatakan sebagai kaki hindustan selama tiga tahun (1998-2000) akibat daripada pujukan, rayuan, desakan, pengaruh dan sewaktu dengannya oleh kawan baik aku supaya menonton filem Kuch Kuch Hota Hai yang menjadi penyebab kegilaan tersebut.

Nasib baik 15 saja, kalau lebih bahaya juga kau orang banyak tahu pasal aku nanti. Mana boleh bagitau banyak-banyak tentang aku dekat kau orang, nanti senanglah kerja wartawan copy dan paste pos ini pada waktu dia orang mahu membuat sedikit review tentang aku yang mungkin pada waktu itu Gabenor Bank Negara Malaysia (sekali-sekala berangan, apa salahnya). Apa-apa pun, aku tak rasa ramai yang membaca blog ini so sesiapa saja yang terlajak masuk ke sini dan mahu membuat tag di atas adalah dipersilakan.

SEKIAN
10:51 AM
7 KATA HATI
[ 7 ] PENDAPAT

Blogger Khaleeqa Idrus berpendapat bahawa:

Komen aku,

First : Aku tak dpt bayangkan betapa kecilnya kau masa kau masuk lubang longkang utk cabut lari.

Second : Minat Ultraman? Aku lebih suka Power Rangers. Tp Power Rangers skrg lopek belaka.

Third : Kajian mendapati semua org yg tak prnh tgk Hindustan suka Kuch Kuch Hota Hai ;)

Forth : Al- Fatihah buat arwah girlfriend rasmi kau yg pertama dan arwah ayah kau.

Fifth : Terima kasih sebab jwb tag ni walaupun kau sibuk :)

8/28/2009 2:31 PM

 

Anonymous Mitsuo berpendapat bahawa:

tiada masalah dan terima kasih khaleeqa. :)

8/28/2009 2:35 PM

 

Blogger Ty berpendapat bahawa:

Kalau aku tak nak pergi ke sekolah, aku akan membuat satu cara iaitu memusing-musingkan badan setempat supaya pening dan muntah-muntah yang boleh menjadi "bukti" aku tak berapa sihat.

same goes here too, he hee :
funny lah zmn kecik2.
ohh rindu aku yg kecil dulu..

8/29/2009 11:32 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

ohh nakal juga ye Ty

9/11/2009 9:07 PM

 

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

1-kencing mlm
2-x tgk kartun
3-ramai kawan
4-comel & putih
5-x suka bngn pg
.........
.........
15-minat yg mndalam terhadap bola sepak

sejuk itu penglibatanku!

9/11/2009 11:42 PM

 

Blogger Khairul berpendapat bahawa:

sejuk itu penglibatanku? spam ke apa?

9/12/2009 12:59 AM

 

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

Bukan spam..
Peminat blog ko..
Teruskan berkarya..
Congratulate n Well Done..

Sejuk itu penglibatanku!

10/04/2009 11:01 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik