<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, June 11, 2009

The Brothers Bloom: Penipuan Paling Sempurna

Pada asalnya, mahu saja aku download filem ni kemudian hari sebab aku tak rasa pun kawan-kawan aku berminat menontonnya di pawagam. Tapi, oleh kerana malam tadi banyak tiket yang sold out (biasalah dah pukul 11 malam), maka tak terfikir pula aku bahawa diorang mahu menonton saja filem ni. Mungkin kerana dah sampai ke pawagam, jadi tanpa mahu balik macam tu saja, lalu plan asal nak menonton Night at the Museum 2 ditukar terus ke The Brothers Bloom ni.

Daripada reaksi mula-mula masuk pintu pawagam tu, diorang macam rasa berat hati nak menontonnya. Mungkin kerana Adrien Brody dan Rachel Weisz ni kurang diorang minati (atau kenali), jadi dalam kepala, diorang beranggapan bahawa filem ni agaknya membosankan. Aku taklah terkejut sangat melihatkan jumlah penonton di dalam pawagam tu sedikit (mungkin tak sampai 10 orang pun) memandangkan publisiti untuk filem ni sendiri tak begitu meluas, jadi kesannya ramai yang barangkali tak mahu menontonnya pun walaupun yang beratur membeli tiket malam tadi punyalah ramai.

Overall, aku boleh katakan filem ni sangat menghiburkan, menarik dan unik (atau barangkali genius?). Ini kerana plot ceritanya sukar untuk diagak kerana tema utamanya adalah berkenaan dengan kehidupan penipu (watak Bloom oleh Adrien Brody dan Stephen oleh Mark Ruffalo) yang mahu membuat sebuah “penipuan paling sempurna”. Kesannya, sampai ke habis filem ni pun penonton boleh rasa seperti tertipu atau terpedaya dengan kesempurnaan penipuan plot ceritanya.

Penipuan yang aku ceritakan di atas ni sebenarnya berkenaan bagaimana diorang menggunakan kisah-kisah yang digarap oleh si abang (Stephen) dengan si adik (Bloom) sebagai watak utamanya dalam menipu si mangsa untuk mendapatkan wang. Segala perbuatan diorang ni adalah berasaskan kepada zaman kanak-kanak yang menyusahkan di mana seperti yang diceritakan di awal filem, si Stephen mereka satu kisah (atas dasar persaudaraan yang kuat) semata-mata kerana adiknya si Bloom telah jatuh cinta dengan seorang kanak-kanak perempuan. Ini sebagai satu cara bagi merapatkan Bloom dan perempuan tersebut lalu akhirnya menjadi pencetus idea kepada Stephen hingga menjadi penipu besar apabila dewasa (oleh kerana penipuan tu menjadi, Stephen nekad menggunakan bakat menipunya untuk mencari wang).

Dalam masa yang sama, Bloom sebenarnya tak berasa suka untuk melakonkan watak rekaan abangnya kerana baginya, ia seperti sebuah kehidupan yang dirancang dan tak real. Ini menyebabkan konflik antara keduanya kerana pada waktu tu diorang yang dibantu oleh Bang Bang (Rinko Kikuchi) telah berjaya sebagai sebuah kumpulan penipu hebat dalam mendapatkan wang melalui tipu helah. Setelah Bloom beberapa kali terfikir mahu menarik diri, dan untuk kali terakhir, dia bersetuju bekerjasama dengan abangnya yang mana mangsa terakhirnya adalah seorang perempuan kaya bernama Penelope (Rachel Weisz).

Apa yang kelakarnya bagi aku, filem ni berjaya memaparkan adegan-adegan lucu diorang semasa babak nak menipu mangsa-mangsanya. Watak kesukaan aku adalah sebenarnya Bang Bang sendiri walaupun beliau mute sepanjang filem. Tapi wataknya yang pelik dan gila-gila tu sentiasa menyebabkan babaknya kelakar (dia membuatkan aku sentiasa mahu melihat setiap gelagatnya) yang menambahkan lagi keseronokan menonton filem ni.

Rachel Weisz seperti biasa sangat menakjubkan. Jika korang biasa melihat dia dalam filem-filem bertemakan komedi romantik, kali ni watak dia agak lucu dan lain sedikit daripada biasa. Penelope sedikit lurus bendul dan sentiasa mahu mencuba apa yang orang lain buat kerana sejak dari kecil, dia hidup berseorangan di rumah akibat daripada diagnosis tentang penyakit yang salah. Kesannya dia tak dibenarkan keluar rumah di mana sebagai menghilangkan rasa bosan, dia berjaya mempelajari pelbagai perkara seperti bermain gitar, piano, skateboard, melukis dan lain-lain (dipaparkan dalam keadaan yang lucu).

Kesimpulannya, aku boleh cadangkan kepada korang untuk menonton filem ni di hujung minggu nanti terutamanya bagi yang tak tahu atau tak ada idea nak menonton filem apa. Keunikan jalan ceritanya boleh membuatkan korang tersenyum sendirian memikirkan segala kisah rekaan Stephen. Dan akhir sekali aku rasa, korang perhatikan sajalah gelagat Bang Bang terutamanya babak dia memotong buah epal yang memang macam celaka kelakar (apa yang kelakar tu korang kena tonton sendiri).

SEKIAN
8:11 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik