<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, June 13, 2009

Pengakhiran Paling Sempurna

“Aku akan berikan kamu masa sehingga petang esok. Buatlah apa-apa yang kamu rasakan perlu,” kata Azrael kepada Billy.

“Kenapa mesti petang esok? Aku tidak rasa ada apa-apa yang mahu dilakukan ketika ini,” balas Billy pula.

“Fikirlah baik-baik, tentu ada,” kata Azrael lagi sebelum berlalu pergi.

Sedang Billy memikirkan tentang kata-kata Azrael sebentar tadi, dia terpandang kamera Leica miliknya yang tersimpan elok di dalam kabinet bercermin di hadapannya itu. Sedetik itu, Billy teringatkan bekas tunangnya, Julia, yang telah meninggalkannya tiga bulan yang lalu. Perselisihan faham yang disangkakan Billy adalah kecil itu tidak disangka-sangkanya telah menjadi satu titik perpisahan buat mereka berdua.

Seingat Billy, sepanjang tempoh tiga bulan Julia meninggalkannya, tidak pernah walau sekalipun dia menghubungi Julia dan begitu juga sebaliknya. Fikir Billy, mungkin bekas tunangnya itu sudah tidak mahu berhubung dengannya dan barangkali sudah mempunyai teman lelaki yang baru. Ego Billy yang tinggi itu juga sebenarnya yang membantutkan lagi sebarang usaha untuk kedua-duanya kembali berhubung.

Pekerjaan Billy sebagai jurugambar sepenuh masa sememangnya membuatkan dirinya sentiasa sibuk. Justeru itu, tidak menghairankan jika Billy kurang memberikan perhatian kepada Julia walaupun bekas tunangnya banyak bersabar dengannya. Apa yang Billy tidak sedar ketika itu adalah betapa terhadnya kesabaran Julia lantas memungkinkan perpisahan tersebut.

Namun begitu, perpisahan yang dipinta Julia itu lebih kepada salah faham terhadap Billy. Pada hari lahir Julia yang ke-23, Billy tidak dapat hadir untuk menyambutnya atas faktor tugasan. Dalam kesunyian Julia menyambut hari lahirnya di tengah-tengah kota, kelibat Billy bersama seorang wanita jelita yang sebenar-benarnya hanya rakan sekerja pantas menghancurkan hatinya dan pengakhirannya adalah sama seperti filem-filem cinta biasa.

Billy bagaimanapun tidak duduk diam sahaja. Usaha-usaha memujuk kekasih hatinya dijalankan dengan bersungguh-sungguh kerana pada saat itulah Billy benar-benar tersedar daripada kesilapannya. Seperti di dalam filem-filem cinta biasa, usaha-usaha Billy itu tidak berhasil kerana Julia sudah nekad.

* * * * * * * * * *

Jam sudah menunjukkan pukul 8.15 malam. Billy dalam perjalanan ke rumah bekas tunang yang telah meninggalkannya tiga bulan yang lalu. Sambil mendengar lagu Last Night On Earth oleh Green Day di corong radio, Billy tidak dapat lari daripada memikirkan tentang kata-kata Azrael siang tadi.

Ajakan Billy untuk makan malam bersama Julia sebelum itu terus dipersetujui. Julia hanya beranggapan bahawa Billy mahu memberinya barangan yang tidak dinyatakan sewaktu sesi perbualan mereka di telefon. Namun sebenarnya, hati Julia sangat gembira kerana setelah sekian lamanya, dia dapat bertemu semula dengan Billy yang telah ditinggalkannya tiga bulan yang lalu, mungkin kerana masih tidak dapat melupakannya.

Bagi Billy, makan malam kali ini mahu dijadikannya satu pengakhiran paling sempurna. Sungguhpun sudah tiga bulan berlalu tanpa Julia di sisinya, hatinya masih lagi dimiliki oleh wanita tersebut. Justeru itu, ini adalah malam yang sangat penting bagi Billy.

* * * * * * * * * *

Suasana di restoran Itali tempat Billy dan Julia makan malam sangat meriah dengan pasangan-pasangan yang hangat bercinta. Billy dan Julia walaupun bukan sepasang kekasih lagi tetapi masih tetap kelihatan seperti merpati dua sejoli. Makan malam mereka diserikan lagi dengan persembahan muzik klasik Beethoven dan Mozart.

“Awak masih kelihatan cantik seperti dulu. Mesti ramai lelaki yang terpesona dengan awak,” puji Billy.

“Mana ada, awak juga tidak berubah. Masih segak seperti dulu, cuma sedikit berlainan,” balas Julia.

“Berlainan yang bagaimana agaknya?” tanya Billy kepada Julia.

“Agak sukar untuk dijelaskan, tetapi satu perkara yang pasti, awak semakin tenang dan lembut. Ada apa-apa yang berlaku sepanjang tiga bulan ini?” jawab Julia sebelum bertanya pula.

“Sebenarnya, saya ada membelek-belek gambar-gambar lama kita dulu. Saya seperti merindui saat-saat itu. Saya membawanya sekali ke sini bersama-sama kamera Leica itu dan saya mahu menghadiahkannya kepada awak. Saya tahu bahawa awak sangat menyukai Leica itu,” jawab Billy jujur.

“Leica itu bukankah sangat berharga bagi awak? Awak masih mahu menghadiahkannya kepada saya pula. Ada apa-apa yang berlakukah?” tanya Julia kehairanan.

“Tiada apa-apa. Anggap sahaja Leica itu sebagai hadiah hari lahir awak yang saya telah abaikan dulu,” jawab Billy penuh keikhlasan.

Serentak dengan itu, Julia menerima pemberian Billy tersebut dengan hati yang bercampur baur antara kesedihan dan kegembiraan. Mereka kemudiannya berborak-borak dengan penuh kemesraan seperti waktu mula-mula bercinta. Di dalam hati Billy, ini adalah sebuah pengakhiran yang sempurna di atas peluang kedua yang diberikan, dan Julia meskipun sangat gembira pada malam itu tidak mengetahui bahawa ia adalah untuk kali yang terakhir.

* * * * * * * * * *

“Selamat petang, Billy. Seperti yang dijanjikan, aku akan membawamu pergi sebentar lagi. Apakah masih ada penyesalan di dalam hatimu?” tanya Azrael kepada Billy.

“Tidak. Aku sudah membuat sebuah pengakhiran yang sempurna dan terima kasih kerana memberikanku peluang kedua. Satu-satunya penyesalan yang mungkin ada berupa egoku sendiri yang menyebabkanku lambat bertindak selama ini. Tetapi tidak mengapa kerana akhirnya semuanya sudah sempurna,” jawab Billy jujur.

Petang itu juga, Julia duduk di beranda rumahnya sambil membelek-belek album yang diberikan oleh Billy sewaktu pertemuan malam semalam. Julia tersenyum melihat gambar-gambar lama mereka berdua dan sejenak itu terfikir untuk kembali semula ke pangkuan Billy. Namun begitu, Julia tidak sedar bahawa Billy akan mengikut Azrael pergi dan tidak akan dapat berjumpa dengannya lagi selepas ini sungguhpun pertemuan malam semalam sangat menggembirakan kedua-duanya.


* Ilham daripada drama Loss: Time: Life dan tribute kepada lagu Last Night On Earth oleh Green Day. Segala kutukan amat dialu-alukan.

SEKIAN
7:15 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger FdausAmad berpendapat bahawa:

Gua nak ajak lu mkn kenduri kt blog gua.Ada ulam ulam kampung
Follow terus pun xpa lagi bagus.

Blog gua dah tak seimbang.Gua tgk budak2 ramai dah berat ke belah punk.

6/14/2009 11:20 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

insya-allah. apa2 pun, terima kasih jengah blog gua yang bosan ni. :)

6/20/2009 5:16 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik