<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, June 17, 2009

Melayu & Tipikalnya

Aku tak tahu macam mana dengan korang. Aku dibesarkan dalam persekitaran masyarakat Melayu tipikal yang mungkin biasa korang dengar dan lihat. Contoh aku bagi macam ayat di bawah ini yang diubahsuai sedikit untuk memenuhi permintaan para penonton drama-drama Melayu.

“Anak si Abu (bukan nama sebenar) tu, berapa ‘A’ agaknya dia dapat masa SPM hari tu? Dia tu nampak macam bukan pandai sangat dan nakal pulak tu,” kata Mak Piah (juga bukan nama sebenar) kepada Pak Haji (haji, haji juga, mengumpat tetap mengumpat).

Nampak saja duduk di taman perumahan yang dekat dengan bandar, tapi ciri-ciri masyarakat Melayu yang “terlebih ramah” itu masih tetap ada. Ini mungkin sebagai satu cara masyarakat Melayu nak mengambil berat tentang hal-hal kejiranan tapi part fitnah atau gossip tak betul itu yang paling menyakitkan hati sebenarnya. Macam mana pula dengan ayat di bawah ini?

“Si Hamid (sekali lagi diulangi, bukan nama sebenar) tu ramai betul pelanggan dia. Agaknya dia pakai bomoh nak melariskan perniagaan,” umpat Mak Piah sekali lagi.

“Biasalah tu, tak hairanlah anak-anak perempuan dia melaram tak sudah. Gaya mengalahkan mak datin,” celah Pak Haji.

Fakta pertama, Hamid memang sangat pandai memasak. Oleh kerana masakannya memang diakui sedap, maka tak perlu baginya meminta bantuan bomoh. Tapi, ini disalah sangka (bukan salah sangka, barangkali memang hasad dengki) oleh makhluk-makhluk Tuhan yang tak sedar dengan perumpamaan “rumah kata pergi, kubur kata mari”.

Fakta kedua, anak-anak si Hamid itu bekerja sendiri dan ikut suka hati dioranglah nak membelanjakan macam mana sekalipun gajinya, bukan? Mak Piah dan Pak Haji yang sibuk mengumpat itu pernah pula terfikir nak menghulurkan bantuan kewangan kepada diorang yang dah kehilangan ibu? Jawapannya, tentu sekali tak kerana mereka lebih senang mengumpat hal orang lain walaupun di kalangan keluarga mereka sendiri, hal-hal mengaibkan seperti zina pernah terjadi.

Sebagai penutup, aku tak tahu sampai bila orang Melayu boleh berubah “lebih bertamadun”. Kalau korang pernah belajar tentang sejarah, sudah pasti korang tahu tentang budaya Melayu dan Islam yang tak boleh dipisahkan. Tapi sedihnya, walaupun Islam tak mengajar penganutnya umpat-mengumpat sesama sendiri, masyarakat Melayu cenderung pula begitu dan ini belum lagi aku sentuh bab adat yang banyak karutnya seperti mencampakkan baju yang sedang dipakai (dibuat oleh bakal pengantin perempuan) ke bumbung rumah kononnya untuk mencegah hujan sewaktu majlis kahwin nanti (siapa yang Tuhan sekarang?).


* Ini bukan umpatan, ini kritikan.

SEKIAN
3:13 PM
3 KATA HATI
[ 3 ] PENDAPAT

Blogger Si Penanya (?) berpendapat bahawa:

hahahaha biasalah tu~ yang tua-tua je ni kot.. yang muda2 ni xde hal lg lah rasanya...

6/17/2009 8:59 PM

 

Blogger l t t l g j h ; berpendapat bahawa:

uish part campak baju atas bumbung tu belom pernah dengar lagi ni. gila supertitious ke ape ni. aiyo.

6/18/2009 8:42 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

aku haraplah, sampai generasi aku je paling kurang pun adat2 yang karut dan sedikit b'canggah dengan islam masih kekal. lepas2 ni, katalah sampai generasi anak2 aku, jangan harap aku nak bagi buat adat2 macam tu. hehe

6/20/2009 4:14 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik