<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, June 20, 2009

Tuah & Jebat

Kata Hang Tuah, “Takkan Melayu hilang di dunia.” Di lidah Hang Jebat pula, “Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.” Walau apa jua kata-kata mereka, masyarakat Melayu lebih suka berdebat tentang siapa yang lebih hero di antara mereka berdua.

Versi Tuah membunuh Jebat sering sangat diceritakan dari generasi lama sehinggalah sekarang. Padahal, entah dah kali ke berapa agaknya hikayat ini ditokok tambah. Bak kata Hang Tuah di tangan Allahyarham P. Ramlee menerusi filem berjudul sama, “Siapakah yang benar?”

Untuk menilai tentang sesuatu perkara, kajian melalui bacaan dan cerita lisan (dan lain-lain) adalah perlu sebelum sesebuah tafsiran dibuat. Jadi, versi yang aku pernah dengar melalui bacaan dan cerita lisan adalah berlainan dengan “versi rasmi” tersebut. Ceritanya pula, Jebat tak pernah dibunuh oleh Tuah malah disembunyikannya melalui tipu helah.

Aku pasti korang yang hafal kisah Tuah tahu bahawa Tuah seorang yang bijaksana. Ini banyak diceritakan dalam kisah-kisah Tuah menghapuskan lanun-lanun/antagonis dan lain-lain lagi. Kalau macam itu, seperti tak logik jika Tuah dengan mudah bersetuju menurut kata Sultan Mansur Shah untuk pergi membunuh Jebat.

Aku lebih cenderung untuk mempercayai versi kedua ini (sumber yang aku yakini sangat tepat) kerana seperti mana Bendahara Tun Perak dengan beraninya menyembunyikan Tuah sebelum itu, tak mustahil bagi Tuah melakukan perkara yang sama ke atas Jebat. Melalui tipu helahnya yang boleh korang baca di blog Merung Mahawangsa (inilah versi yang hampir sama dengan apa yang aku baca dan dengar melalui cerita lisan orang-orang lama), Tuah berjaya mengeluarkan Jebat dari Melaka tanpa diketahui oleh Sultan Mansur Shah melainkan orang-orang tertentu termasuklah Bendahara Tun Perak sendiri. Sambil itu, rakyat tempatan turut mengandaikan bahawa Jebat telah tewas dan dari sinilah datangnya versi Jebat si penderhaka yang berjaya dibunuh oleh Tuah.

Bagi aku, Jebat bukanlah penderhaka dan Tuah pula bukanlah “pak turut”. Kedua-dua istilah ditimbulkan untuk mengangkat darjat raja ketika itu kerana walaupun Islam menjadi pegangan utama, pengaruh budaya Hindu (seperti konsep raja berdaulat dan adat bersanding) masih lagi tak lupus. Jadi, soalan aku di sini: mana satu yang mahu kamu percayai?

SEKIAN
4:16 AM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger nuralisya berpendapat bahawa:

gue hanya percaya mereka berdua itu.. manusia.
yang ada kuat lemahnya.

boleh jadi mereka-mereka itu tergolong dalam
perwira, penderhaka, pak turut, protector atau playboy antarabangsa.

7/29/2009 2:09 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

hmmm... Tuhan saja yang tahu.

8/10/2009 12:37 AM

 

Anonymous Anonymous berpendapat bahawa:

kata Dr M 'melayu mudah lupa'
bisa kita fikir dan renungkan..

9/11/2009 11:53 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

silap, kata Tuhan, manusia secara umumnya sering lupa.

9/12/2009 1:04 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik