<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, May 9, 2009

Love Shuffle

Yeah Panda! Baiklah, seperti yang dijanjikan, kali ini aku akan membuat satu ulasan ringkas berkenaan dengan drama Love Shuffle. Maaf sekali lagi kerana setelah sekian lamanya, barulah ulasan ini dapat dibuat.

Jangan risau, aku dah menontonnya berulang-ulang kali (kali terakhir adalah semalam) dan ini menunjukkan betapa menariknya drama tersebut. Soalan aku yang pertama, adakah kamu terasa bosan dengan pasangan kamu? Jika jawapannya “ya”, soalan kedua aku pula, mahukah kamu bertukar pasangan dengan orang lain seperti sebuah ujian?

Soalan-soalan tersebut sebenarnya berkait rapat dengan jalan ceritanya. Secara ringkas, ceritanya adalah berkenaan dengan lapan orang yang menyertai satu game seperti sebuah ujian untuk menentukan siapakah yang benar-benar dicintai. Daripada lapan orang ini pula, terdapat dua pasangan (sedang bercinta sebelumnya) yang menyertainya kerana teman wanita kedua-dua pasangan tersebut berasa ragu-ragu dengan hati sendiri.

Untuk itu, game dimulakan dengan setiap orang akan menukar pasangan setiap seminggu (bukan untuk tujuan seks). Setelah lengkap semua orang menyelongkar dan menilai pasangan yang dijadikan “kekasih” selama sebulan untuk pusingan pertama, maka bermulalah pusingan kedua kerana terdapat beberapa orang yang mula beralih perasaan serta cinta kepada orang lain. Bagi memastikan sama ada perasaan tersebut betul-betul pure, oleh sebab itulah pusingan kedua dijalankan.

Secara umumnya, aku berasa tersangatlah terhibur dengan jalan ceritanya yang unik dan asli (setakat yang aku tahu, tak ada lagi drama Jepun seperti ini dari segi penceritaan). Humor atau komedi yang diselitkan tersangatlah fresh (boleh dikatakan begitu menghiburkan dan melucukan) seperti adegan Usa-tan (Tamaki Hiroshi) menyanyikan lagu Kuroneko no Tango yang aku percaya cukup familiar dengan kamu. Selain itu, chemistry di antara kesemua pelakonnya tersangatlah baik bagaikan mereka sudah lama berkawan dan ini boleh disaksikan sendiri melalui paparan shot “tidak menjadi” yang ditunjukkan di akhir kredit setiap episod.

Bagi aku pula, antara kesemua pasangan tersebut, pasangan yang paling aku sukai adalah gandingan O-chan (Matsuda Shota) dan Kairi (Yoshitaka Yuriko). Watak O-chan yang nakal itu sungguh menarik apabila disatukan dengan watak Kairi yang pendiam dan comel (Kairi sebenarnya seorang pesakit yang banyak kali cuba membunuh diri). Ini menjadikan pasangan ini kadang-kadang kelakar disebabkan watak O-chan tersebut yang bagaikan menganggap Kairi seperti anak kecil.

Dalam pada itu, watak-watak lain yang unik dan tersendiri membuatkan drama ini sungguh meriah dengan dialog-dialog yang kelakar (kadang-kadang dialog serius pun boleh jadi kelakar). Ai-ai (Karina) sungguh bersahaja dengan wataknya yang mengambil berat, berterus terang, sedikit emotional dan supportive lalu apabila digandingkan dengan Usa-tan yang idealistik serta baik hati-tetapi-adakalanya-sengal, ini menjadikan mereka sungguh sepadan. Yukichi (Daigo) yang lurus bendul, sedikit nerd dan suka menggunakan wang dalam sesuatu urusan apabila digandingkan dengan Mei (Kanjiya Shihori) yang merendah diri walaupun merupakan anak orang berada membuatkan pasangan ini secocok.

Kiku-rin (Tanihara Shosuke) pula walaupun seorang lelaki yang berhemah serta gentlement, dia sebenarnya seorang penuh misteri dan game ini adalah ideanya sendiri. Sebagai pelengkap, wanita terakhir iaitu Reiko (Kojima Hijiri) menyertai game ini semata-mata kerana sukakan lelaki-lelaki kacak dan mahu memuaskan nafsunya, tetapi sebaliknya masih berjaya mengimbangi kekuatan watak-watak lain. Kesimpulannya, kamu akan mendapati bahawa drama ini sungguh menghiburkan, berkembang dari satu episod ke episod berikutnya dengan menarik dan membuatkan penonton tak sabar untuk melihat perkembangan seterusnya walaupun barangkali ceritanya tak sesuai dipraktikkan dalam budaya kita.


Rating: 4/5

SEKIAN
7:56 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik