<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, April 4, 2009

Johor

Sebagai orang Johor, aku mengakui bahawa di sini kurang tempat-tempat menarik lebih-lebih lagi di Johor Bahru (JB). Ramai orang luar beranggapan bahawa JB sebuah bandar yang tidak best dan seakan-akan suram. Namun begitu, aku masih lagi boleh berbangga dengan keistimewaan yang mungkin negeri-negeri lain tidak ada.

Aku bersetuju bahawa JB memang tempat yang kurang kompleks-kompleks membeli belah yang ada butik-butik besar seperti Gucci, Boss, Polo dan sebagainya. Jika kamu seorang yang gila shopping dan suka membazirkan duit ibu bapa untuk membeli barangan yang kononnya high standard (walaupun padahal Made in China), maka JB bukan tempatnya dan aku cadangkan kamu cari saja di Kuala Lumpur (KL). Oh, satu lagi yang kurang menarik adalah JB memang tidak banyak kelab untuk orang-orang muda berjoget sakan sambil menghayalkan diri dengan air kencing syaitan.

Tapi, ada sesetengah perkara yang membuatkan Johor agak unik sebenarnya. Kalau kamu tidak tahu, JB adalah bandar yang mula-mula dicadangkan untuk dijadikan ibu negara Malaysia (mengikut apa yang aku baca). Namun begitu, kira bagus juga Almarhum Sultan Johor ketika itu menolaknya kerana jika kamu melihat bandar KL kini, aku lebih rela JB seperti apa yang kamu lihat sekarang (maksud aku seperti jam, terlalu ramai warga asing tanpa izin, pencemaran udara, tol dan sebagainya).

Selain itu, Johor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai tenteranya tersendiri yang dikenali sebagai Timbalan Setia Negeri. Walaupun pernah cuba dibubarkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia pada tahun 1994, namun disebabkan oleh faktor sejarah (pasukan tentera ini lebih dulu ditubuhkan daripada Regimen Askar Melayu DiRaja) serta terangkum dalam sebahagian hak dan keistimewaan rakyat Johor, maka usul tersebut digugurkan. Kemudian, apa yang aku rasakan bahawa kamu mengetahuinya ialah berkenaan dengan asal usul Jalur Gemilang dan penulis asal Sejarah Melayu yang kesemuanya berasal daripada Johor.

Kesimpulannya, setiap negeri mempunyai keistimewaannya yang tersendiri tapi tidak perlu pula untuk kamu dan aku saling berbalah serta meninggi diri di atas perkara tersebut. Keistimewaan ini yang telah membentuk Malaysia dan menjadikan kamu serta aku sendiri berbangga sebagai rakyatnya yang unik dalam banyak aspek. Untuk itu, aku berpendapat bahawa tidak ada gunanya untuk kita berenggang kerana nikmat itu semuanya daripada Dia Yang Maha Esa, dan boleh ditarik pada bila-bila masa.


* Perenggan kedua ditujukan kepada orang yang suka berbangga dan meninggi diri dengan perkara-perkara tersebut. Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya. Untuk fakta-fakta lain, sila ke SINI.

SEKIAN
11:32 PM
6 KATA HATI
[ 6 ] PENDAPAT

Blogger MAI'demoiselle. berpendapat bahawa:

Sy bangga dgn Johor~
my beloved kampung eheeeee

4/06/2009 12:54 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

Ho, kampung di Johor rupanya ya Mai. :)

4/06/2009 3:01 AM

 

Blogger l t t l g j h ; berpendapat bahawa:

JB okay ape. banyak gak la malls & hypermarket.

cuba bagi orang2 yang dimaksudkan kat perenggan kedua hidup kat terengganu? agaknya kalau diorang anak terangganu pun dah tak mengaku.

tp saya suka terengganu even its not my hometown. hee.


apapepun, tiap tempat kat malaysia ni ada keistimewaanya yang tersndiri. tul tak. hehe

4/06/2009 6:09 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

iya, biasanya orang macam tu tak reti nak bersyukur dengan apa yang ada. terengganu memang best!

4/06/2009 2:51 PM

 

Blogger zeti alysa berpendapat bahawa:

tempat tu ape nme dye?

7/05/2012 7:14 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@zeti alysa: tempat apa ya?

7/10/2012 6:06 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik