Jom membaca buku ini pula. Asyik novel, majalah, surat khabar atau buku-buku teks pelajaran saja, bukan? Kali ini, apa kata kamu membaca bacaan yang tidak berapa berat, dan tidak berapa ringan sebab ianya sungguh menarik. Semenjak kecil lagi, aku memang menggemari bahan-bahan bacaan berkaitan dengan tokoh-tokoh terkenal atau sejarah. Adalah dulu semasa darjah 6, aku pernah meminjam buku biografi Dato’ Onn Jaafar yang lebih tebal daripada kamus kontemporari Inggeris Longman itu. Bagaimanapun, aku hanya sempat menghabiskan separuh saja daripada keseluruhannya kerana tempoh meminjam sudah tamat dan aku pula malas nak melanjutkan tempoh peminjaman semula (pernah terfikir tak mahu memulangkannya tapi dapat dihidu oleh arwah ayahku lalu akhirnya terpaksa juga dipulangkan). Sebenarnya daripada dulu lagi, aku sentiasa ingin mengetahui siapakah Iskandar Zulqarnain ini yang selalu disebut-sebut dalam kelas agama. Tapi, seperti biasa buku-buku berkenaannya sangat kurang dan bacaan dalam bahasa Inggeris tak aku fahami pada waktu itu. Jadi, apabila ternampak saja buku ini baru-baru ini, terus aku membelinya dan setakat ini ceritanya menarik (kamu tak berminatkah untuk mengetahui tentangnya?).
* Orang asyik promote buku-buku luar saja, kali ini biar aku pula yang promote buku-buku kita. |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.