<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, April 5, 2009

Cinta Itu Indah

Kamu tahu, antara sebab kenapa aku masih single sebenarnya kedengaran agak lucu. Tetapi, ia sememangnya agak menjejaskan diri aku sendiri. Perasaan rendah diri dan sedikit pendiam membuatkan aku kurang dikenali semenjak di zaman sekolah rendah lagi (barangkali sehingga kini).

Apabila kebanyakan kawan mula bergaya dengan rambut belahan tengah seperti David Beckham dan menggunakan minyak rambut Brylcreem, aku pula hanya memerhatikan saja. Minyak rambut itu dan sebagainya jika disapukan ke atas rambut aku bagaimana sekalipun tidak akan menjadi seperti David Beckham. Rambut aku sedikit kerinting, tetapi tidak pula seperti Raul Gonzalez mahupun Luis Figo.

Kebanyakan kawan-kawan lelaki aku kebiasaannya pandai berborak atau menjual cerita di kalangan pelajar perempuan. Dengan kelebihan itu, maka adalah di antara mereka yang kemudiannya berpacaran seperti Jack dan Rose dalam filem Titanic yang sedang hangat ketika itu. Dalam hal lain, jika muka kamu comel seperti lelaki-lelaki Backstreet Boys, ‘N Sync, Westlife atau seangkatan dengannya, maka akan adalah kakak-kakak senior (juga abang-abang senior) yang mahu mengambil kamu sebagai adik angkat.

Begitupun, sepanjang 23 tahun bernafas, pernah jugalah aku bercinta monyet walaupun sekali. Sungguhpun teringin membuat perkara seperti duduk di hadapannya, dan kemudian memberitahu bahawa dialah si cantik yang paling aku minati, namun di alam maya juga ianya terlaksana. Dia, tidak disangka-sangka walaupun masih ramai lelaki lain yang wajahnya seperti Justin Timberlake masih sanggup memilih aku dan itu antara perkara menarik sepanjang hidup.

Ataupun mungkin, seperti kebanyakan filem, sewaktu menunggu bas di pondok menunggu bas terdapat hanya aku dan seorang perempuan. Bas kelihatannya sungguh lambat seakan-akan mahu memberikan peluang untuk aku bertegur dengannya. Menggunakan ayat biasa bertanyakan masa (dengan syarat diri sendiri tidak memakai jam tangan), teguran yang ringkas itu kemudiannya melanjutkan sesi bual bicara dengan sungguh mesra dan diakhiri dengan perhubungan berterusan melalui Pos Malaysia.

Realiti ataupun fantasi, ringkasnya aku agak bertuah kerana pernah juga mempunyai kenangan sebegitu jika hendak dibandingkan dengan lelaki lain yang mungkin tidak pernah merasainya. Cuma barangkali, untuk melihat babak seperti di pondok menunggu bas atau apa yang tidak terbuat dahulunya di zaman cinta monyet terlaksana, ia memerlukan sedikit anjakan. Atau mungkin kamu yang perempuan boleh memulakan langkah pertama kerana lelaki seperti aku masih ramai di luar sana, bukan?

SEKIAN
11:45 PM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger l t t l g j h ; berpendapat bahawa:

takpe, walaupaun sekali tapi awak mempunyai kisah cinta yang comel tahu. hee.

saya pernah jugak brcinta sekali. 1st & last date kat central market. comel ke? hehe entahla.

takpe tu suma kenangan kan. (:

4/06/2009 5:59 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

ya, kenangan indah. hehe!

4/06/2009 2:59 PM

 

Blogger Shikin Ismail berpendapat bahawa:

jom becinta jom!;)

4/08/2009 1:12 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

ya, mari mari.. hehe

4/08/2009 2:04 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik