<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, March 26, 2009

My Little Chef

Semalam aku bercerita pasal etiket makan dan ia secara tidak langsung membuatkan aku berasa lapar sewaktu menulis berkenaannya. Kali ini pula, aku mahu mencadangkan kepada kamu sebuah drama tentang “makan-makan” yang seronok ditonton oleh sesiapa sahaja. Drama ini bagaimanapun lebih banyak memaparkan makanan Perancis yang kelihatannya sangat sedap namun jika dibuat dalam versi orang Malaysia, keasliannya masih boleh dipelihara.

Ada beberapa sebab saja kenapa aku boleh cadangkan drama ini untuk kamu yang berminat menonton drama Jepun. Pertama, para pelakonnya terdiri daripada tiga pelakon hebat iaitu Yada Akiko, Abe Hiroshi dan Ueto Aya. Mereka ini adalah antara pelakon kegemaran aku terutamanya Abe Hiroshi di mana pertama kali menonton lakonannya menerusi drama Hero yang menampilkan Kimura Takuya sebagai watak utama (aku pasti kamu mengetahuinya).

Kedua, jalan cerita ini seimbang di antara subjek utamanya iaitu makanan Perancis dan unsur-unsur lain seperti komedi. Untuk mengukuhkan lagi jalan ceritanya, ia disuntik dengan elemen-elemen yang menyentuh hati seperti aspek kekeluargaan, cinta dan persahabatan. Serius, ada masa aku tidak dapat tahan daripada bergelak ketawa melihatkan beberapa babaknya yang lucu, dan ada masa lain pula akan berasa tersentuh hati serta terharu.

Ketiga, walaupun aku rasa tidak penting, tetapi mungkin memainkan peranan juga dalam menambahkan lagi perisa di dalam drama ini. Ia adalah lagu temanya yang dinyanyikan oleh Hamasaki Ayumi iaitu Voyage. Penggunaan lagu ini aku rasa amat bertepatan dengan melodinya yang melankolik lebih-lebih lagi apabila dimainkan sebagai lagu latar untuk babak-babak perlahan (lagu latar dalam bentuk instrumental seperti permainan violin ternyata sungguh mengharukan).

Secara ringkas, drama ini berkaitan dengan seorang chef tidak terkenal bernama Kamosawa Seri (Yada Akiko) yang tiba di Tokyo untuk menggantikan chef utamanya yang menghilangkan diri tanpa mengetahui bahawa restoran tempat beliau mahu bekerja sudah ditutup. Bersama-sama bekas pengurus restoran tersebut iaitu Tachibana Kensaku (Abe Hiroshi) dan dibantu adik Seri sendiri iaitu Kamosawa Nazuna (Ueto Aya), mereka berusaha untuk membangunkan semula restoran Perancis itu. Tanpa disedari, restoran tersebut akhirnya semakin terkenal lalu menarik minat seorang pengusaha wanita yang sebenarnya merupakan ibu kandung Seri yang meninggalkannya sewaktu kecil untuk mengejar kerjaya sebagai pengusaha restoran di Perancis.

Dalam menceriakan cerita ini, lakonan Abe Hiroshi memang tidak dapat disangkal sungguh baik dalam menjayakan wataknya yang serius tetapi lucu walaupun sedikit tipikal dengan lakonannya dalam drama-drama lain. Ueto Aya pula walaupun ketika itu masih remaja namun masih mampu meninggalkan sedikit kesan melalui wataknya yang sungguh menyayangi kakak tirinya (ayah mereka berkahwin dua kali) yang agak pemalu dan bersopan santun. Akhir sekali, apa yang tidak dapat dilupakan adalah lakonan pelakon pembantu lain menjadikan lagi cerita ini hidup dengan watak-watak yang lucu dan bersahaja.


Rating: 4/5

SEKIAN
2:08 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger AnnMoee berpendapat bahawa:

Mitsuo tgk bambino juga~ >< sonok gak citer dia. pasal masakan itay desu. hiks~

3/27/2009 12:30 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

ya, bambino pun juga. tapi, kurang meyakinkan untuk dibuat review. hehe mungkin sebab watak2 lainnya tak berapa kuat kot menjadikan drama tu mendatar sedikit. apa-apa pun, makanan itali tu memang sedap!

3/28/2009 1:06 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik