<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, March 25, 2009

Etiket Makan

Katalah seorang yang agak geek macam aku masuk ke sebuah restoran seperti Pizza Hut (atau lain-lain) yang berorientasikan makanan Barat untuk menjamu selera. Kemudian, duduk di sebelah meja aku pula adalah sekumpulan orang yang lagaknya seperti datuk dan datin. Pizza pun sampai lalu aku dengan selamba menggunakan tangan (walaupun sebenarnya boleh saja jika mahu menggunakan pisau dan garpu) untuk menikmati makanan tersebut, dan mereka yang di sebelah itu melihat perlakuan tadi dengan rupa yang menjelikkan serta tersenyum sinis.

Aku, meskipun menyedari diri diperhatikan masih tetap dengan cara aku sendiri. Oh, aku juga terperasan bahawa mereka menggunakan tangan kanan memegang pisau untuk memotong pizza tersebut dan kemudiannya menggunakan garpu dengan tangan kiri untuk menyuap makanan tersebut. Di dalam hati, aku pula yang tersenyum sinis dan terasa jengkel dengan perlakuan mereka itu.

Oh lagi, lupa pula aku nak beritahu kamu bahawa mereka itu orang Melayu Islam. Biasalah, tipikal bangsa Melayu memang suka memandang sinis bangsanya sendiri. Itu belum lagi ditambah dengan perasaan hasad dengki dan tikam-menikam yang sejak sekian lama tertanam dalam jiwa sesetengah daripada mereka (aku tidak kata semua).

Kembali kepada point asal tadi, aku rasa bahawa tidak perlu untuk sesiapa memandang sinis tentang perlakuan orang lain melainkan ianya menyalahi adab Islam. Memang aku sangat bersetuju dengan seorang pensyarah yang mempertikaikan etiket makan yang mengikut budaya Barat. Ini kerana tidak semua budaya Barat itu kelihatannya sopan dan beretika walaupun mungkin pada pandangan mereka ia adalah sebegitu rupa.

Sebagai orang Islam, contoh terbaik kita adalah Nabi Muhammad itu sendiri. Bukankah baginda seorang yang sangat sempurna? Oleh itu, aku rasa tidak kiralah sama ada menggunakan sudu/garpu atau tangan untuk makan, asalkan tangan kanan itu digunakan untuk menyuapnya ke dalam mulut (lebih elok dan sopan, bukan?).

Idea aku pula, jika kita tidak mahu dipandang sinis semasa jamuan atau apa-apa jenis event yang mempunyai aktiviti “makan-makan” ini, buat sajalah macam kamu itu bertangan kidal. Maknanya, peganglah pisau dengan tangan kiri untuk memotong dan garpu dengan tangan kanan untuk menyuap makanan. Kalau susah sangat juga, aku tidak salahkan kamu jika masih mahu menggunakan tangan kiri untuk menyuap makanan asalkan kamu tidak pula memandang sinis orang lain yang tidak mengikut etiket seperti itu.


* Kenapa makanan di hotel selalunya sedikit tetapi mahal? Mana kenyang kalau macam itu.

SEKIAN
2:13 AM
4 KATA HATI
[ 4 ] PENDAPAT

Blogger MAI'demoiselle. berpendapat bahawa:

geheeh...sememangnya makan pizza dgn tangan amatlah enak dan lazat~ jum mitsuo-san kite pi makan kt warung2 yg ternyata lbey byk kuantiti makanannye berbanding hotel wahahaa XD

3/27/2009 1:21 AM

 

Blogger l t t l g j h ; berpendapat bahawa:

tak best la makan pizza guna pisau & garfu. tak nikmat woah. hee.

3/27/2009 1:36 AM

 

Blogger AnnMoee berpendapat bahawa:

penah alami situasi cmni jgak.. org tgk kte semacam ish (nyampah i~).

mula-mula tu mmg control2 konon2 guna pisau/garfu tp last hentam pakai tgn je. haha.. bunyi laga-laga pinggn,garpu&pisau tidakkah anda rs ia bising? hiiee...

3/27/2009 8:26 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

Jom Mai, tapi awak belanja saya lah boleh? saya pun tengah lapar ni. hehe!

betul tu kan syanad, lagi sedap pakai tangan saja.

ya betul anno! memang bising pun dengar bunyi pinggan dan sudu/garpu dilaga-lagakan. :)

3/28/2009 1:09 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik