 Hari ini Jumaat, penghulu segala hari. Tarikhnya pula ialah 27 Mac 2009, merakamkan pos aku yang ke-63. Pada mulanya, aku memang sengaja hendak menunggu sehingga jumlah pos yang ke-63 ini untuk menulis berkenaannya tetapi tidak sangka ada pula kebetulan yang lain. Mengikut apa yang aku belajar dalam agama Islam, nombor 9 ini adalah nombor kesukaan Allah. Sebab itu, nama-Nya yang wajar diketahui berjumlah 99 di mana jika dicampur kedua-dua 9 itu akan akhirnya menjadi 9 juga (dicampurkan sehingga mendapat satu nombor saja). Lebih menakjubkan, di kedua-dua tapak tangan kita juga mempunyai gambaran 9 melalui garisan yang berbentuk “٨١” di mana dalam tulisan Arab tersebut, nombor-nombor itu akan menjadi 9 jika dicampurkan. Kalau kamu hafal sifir 9, kalau diperhatikan, nombor 9 ini jika digandakan bagaimana sekalipun apabila dicampurkan akan menjadi 9 semula. Sebagai contoh, 9 x 3 = 18 atau 9 x 37 = 333. Dengan itu, 1 + 8 = 9 dan 3 + 3 + 3 = 9 juga. Pos aku pula, 63 yang jika dicampurkan akan menjadi 9. Tidak lupa juga tarikh hari ini iaitu 27 yang akan turut menjadi 9 apabila dicampurkan. Mac sebagaimana yang diketahui (jangan kata kamu tidak tahu pula) adalah bulan 3 di mana 3 apabila digandakan dengan dirinya sendiri akan menjadi 9, dan tahun ini sendiri hujung pangkalnya ialah juga 9 (tahun 2009). Dikatakan bahawa, dengan izin-Nya, kebanyakan orang yang merupakan gandaan 9 kelihatannya sungguh bijak. Maksud aku, anak yang ke-9 (dan gandaannya), atau cucu yang ke-9 (dan gandaannya) rata-ratanya yang aku perhatikan memang bijak, cerdik dan kelebihan-kelebihan lain lagi. Apa-apa pun, ini hanyalah kebesaran Allah semata-mata yang mahu ditunjukkan untuk membuktikan keagungan-Nya, dan sebagai seorang manusia biasa kita kenalah menerima seadanya kerana Dia sendiri tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia mengubahnya sendiri (Surah al-Ra’d: 11).
* Asyik dunia saja, bukan? Jadi, kali ini pos untuk akhirat pula yang boleh dikongsikan. |
3/28/2009 1:01 PM