Oh, Redsya hampir merajuk dengan aku disebabkan tag yang dia bagi tu, aku lupa nak buat. Nasib baik tag kali ni mudah dan hanya memerlukan sekeping gambar untuk diupload saja. Tapi, tags akan datang ni aku kena tengok dulu la sama ada best atau tidak untuk dilakukan. Well, aku malas kadang-kadang nak menjawab tag yang banyak sangat soalan untuk dijawab. So, rakan-rakanku sekalian, jangan marah pulak kalau ada tag korang yang aku tak buat kerana aku memang a big slob (tapi tak bermakna aku anti-tag). Jadi, kalau dilihat gambar di atas, aku nak gelak pun ada. What the hell? Satu pun tak sama muka. Bonnie Pink lagi la makhluk kejadah apa entah sampai aku pun tak kenal. Nasib baik la ada sedikit iras-iras Takeshi Kaneshiro (kawan aku panggil Takeshi Kanena), boleh kembang la jugak lubang hidung aku bak lubang hidung Ahmad Nisfu. |
1/20/2009 2:26 PM