Baiklah murid-murid, hari ni aku nak menulis tentang tatabahasa. Perkara yang nampak remeh tapi sebenarnya perlu diingati sebab mungkin suatu hari nanti korang akan ditanya oleh anak-anak korang tentang perkara ni. Apa-apa pun, seperti apa yang pernah aku beritahu sebelum ni, penulisan aku sendiri banyak mengandungi kesalahan tatabahasa (juga ejaan) lalu aku tak kisah kalau korang nak hentam aku lepas ni. So, aku harap lepas ni korang akan faham tentang penggunaan kata “di” hanya melalui apa yang aku terangkan pada gambar di atas. Aku saja menulis tentang perkara ni kerana aku melihat ramai orang yang agak keliru dengan penggunaannya. Lebih memalukan, rancangan-rancangan di televisyen sendiri kadang-kadang jugak banyak melakukan kesalahan tatabahasa lebih-lebih lagi penggunaan kata “di” (untuk kesalahan-kesalahan lain, pandai-pandailah korang detect sendiri). Itu belum lagi ditambah dengan kesalahan-kesalahan yang terdapat pada papan-papan iklan. Bukannya apa, aku menulis tentang tatabahasa yang satu ni kerana ia merupakan satu-satunya pelajaran yang tetap aku ingati sampai sekarang. Aku rasa, aku belajar tentangnya ketika darjah empat atau mungkin darjah lima. Tapi, oleh kerana cikgu Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia ke sekarang?) aku waktu itu amat menekankannya, so itu telah membuatkan aku mengingatinya sampai sekarang. Nanti, tak adalah kes-kes seperti berikut berlaku dalam hidup korang. “Ayah/ibu, perkataan 'dibuat’ tu bersambung atau dijarakkan?” tanya si anak. Ayah/ibu menjawab, “Dekat kot. Mana-mana pun boleh agaknya.” Kesimpulannya, paling bangsat pun, ambil taulah walau sedikit tentang tatabahasa ni. Kita sampai ke tua pun memang akan sentiasa belajar, jadi apa yang nak dimalukan untuk mempelajarinya kan? Apa-apa pun, jika malu jangan tunjukkan kemaluan kamu.
* Untuk maklumat lanjut, sila ke SINI. |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.