Kenapa aku a.k.a. Mitsuo (bukan nama sebenar) membuka sebuah blog? Soalan yang bagus sekali untuk ditanya. Tapi, korang tak akan jumpa jawapan-jawapan seperti meluahkan perasaan atau diari hidup sebagai jawapan yang sebenarnya. Kalau Marzuki (sorry Marzuki, saja aku sebut nama kamu) dalam blognya mungkin tidak tau mengapa dia membuka blog (tapi blog dia best!), aku pulak hanya ada satu sebab yang sama dengan alasan aku membuka akaun MySpace dan Friendster. Oh, sebab mau ramai kawan? Tidak, aku tak pernah kisah pun. Sekadar rakan-rakan sekeliling saja yang tau tentang blog aku pun dah memadai. Alasan ni mungkin jarang korang dengar, tapi honestly, ini saja sebab aku membuka blog, MySpace dan Friendster iaitu: membuktikan bahawa aku masih lagi hidup. Diorang yang selalu sama-sama melepak di kedai kopi dan bermain bola sepak dengan aku (kawan-kawan la senang cerita) dah faham sangat dengan perangai aku yang susah nak dihubungi (atau dicari) kadang-kadang. Sebabnya, kebanyakan masa aku semasa cuti semester akan aku habiskan di rumah saja sama ada melayari internet, menonton drama atau menonton filem. Itu belum lagi ditambah dengan perangai aku yang tak suka top up kredit telefon disebabkan tiada senarai nama gadis yang aku nak SMS (kalau aku naik semester, itu lain cerita).
Jadi, apabila di waktu-waktu diorang memerlukan aku seperti mana Frank Lampard diperlukan oleh pasukan Chelsea, terpaksalah aku memakai handphone emak aku untuk membalas mesej-mesej diorang. Siapa yang susah? Jangan katakan mereka dan keluarga mereka pula. Cerita lain, nasib baik ramai antara diorang yang dah bekerja dan bertukar ke bil lalu diorang sajalah yang rajin call aku. Lagi, apabila aku membuka blog ni, secara tak langsung telah menyebabkan diorang yang mengenali aku turut “terpaksa” melayari internet (Yahoo! Messenger dan sebagainya) so that diorang boleh maki hamun aku sebab tak angkat panggilan telefon. Itu aku tak kisahlah sebab bukan sengaja aku tak nak angkat (ada yang sengaja pun), cuma kadang-kadang tu tak perasan. Seperti mana yang aku beritahu tadi, aku jarang nak top up kredit dan ini membuatkan aku tak dapat nak contact diorang semula. Plus, biasanya kredit aku banyak cuma selalunya tak habis digunakan sehinggalah tamat tempoh. Akhirnya, alasan yang pelik tapi logik itulah yang aku boleh berikan setakat ini. Jadi, aku tak kisah blog ni nak jadi macam mana sekalipun sama ada tunggang-langgang atau entah apa-apa. Apa yang penting, sekurang-kurangnya diorang mengetahui bahawasanya aku masih lagi hidup meskipun aku “lebih hidup” di alam maya. Kamu pula bagaimana? |
tp kdg2 ble da tlmpau sgt on9 ,
otak jd semput .
mula dtg bosan n mood untuk update xde
tbe2 jd mls .
tbe2 tv jd bnd plg best .
;p
err apa ea motip komen neh ?
xde motip .
haha
1/16/2009 6:13 PM