Akhirnya, posting pertama di tahun baru ni (2009) hadir setelah kebosanan melanda di siang hari. Apa-apa pun, posting kali ni berkenaan dengan azam baru yang aku sebenarnya tak berapa gemar nak bercerita. Tapi, oleh kerana lagu-lagu The Beatles yang aku dengar tadi banyak memberikan inspirasi, jadi jari-jemari aku tanpa memikirkan kepenatan terus menaip dengan pantas. Lagu Money (That’s What I Want) yang dinyanyikan oleh The Beatles merupakan antara lagu-lagu dendangan mereka yang aku amat minati. Jadi, azam baru aku yang pertama adalah wang yang mana aku amat perlukan dengan kuantiti yang banyak untuk membeli sesuatu. Dengan wang jugak, akan aku gunakan di jalan yang salah. Well, it’s just a joke. Kemudian, roommate aku telah memberikan satu cadangan yang paling bernas di awal tahun ni untuk azam baru. Ianya tidak lain dan tidak bukan iaitu girlfriend. Oleh kerana sampai sekarang aku hanya layak dipertandingkan dalam kategori solo dan bukannya duo atau berkumpulan, maka tak salah rasanya kalau aku menjadi ketua juri untuk menilai gadis mana yang layak dinobatkan sebagai Gadis Anuar (jangan ingat James Bond saja boleh ada gadis). Akhir sekali, azam baru aku rasanya (bukan rasa lagi, memang sepatutnya) berkenaan dengan akademik. Aku rasa, hanya aku saja di dunia ni yang suka buat eksperimen dengan apa yang aku study. Orang lain bertungkus-lumus belajar untuk menjaga CGPA, tapi aku berani pulak buat eksperimen dengan subjek yang aku ambil. So, tak ada lagi eksperimen untuk semester sekarang dan akan datang. Jadinya lagi, aku fikir lebih baik target 4.00 terus sebab aku tahu aku bukannya bodoh seperti mana yang alter ego aku telah buktikan. |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.