<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
 
 
Wednesday, December 31, 2008

Provokasi

Kalau nak diikutkan, aku tak mau menyentuh hal-hal agama dan politik di dalam blog aku ni. Ini kerana aku masih bukan pakar politik mahupun seorang yang tinggi ilmu agamanya. Lagipun, bahan-bahan tersebut boleh korang baca di blog lain yang tumbuh bagaikan cendawan. Cuma sejak akhir-akhir ni, aku tengok banyak betul provokasi yang melibatkan agama Islam (dan juga perkauman) di mana ianya agak menyinggung perasaan aku sebagai seorang Muslim.

Betul sekali bahawa Islam mengajar umatnya tentang kesabaran, tetapi kesabaran tu ada limitnya kerana kita semua bukan sempurna seperti para nabi dan rasul. Nampaknya, Islamophobia ni semakin bertambah-bertambah di kalangan penganut-penganut agama lain. Agaknya, kerana kebodohan dan kesombongan diorang jugak yang menyebabkan Islam sering kali disalah faham. Moreover, sesetengah umat Islam sendiri kadang-kadang dilihat seperti merelakan agama Islam dipijak-pijak dan diprovokasi secara berterusan. Itu yang timbul kes-kes seperti siri-siri pengeboman berani mati ke atas orang-orang yang tidak bersalah.

Kalau difikirkan, budak-budak sekolah rendah pun faham dan mengerti (jika diajar) bahawa membunuh diri itu hukumnya berdosa besar. Tapi, provokasi yang berterusan ni la yang menyebabkan kes-kes tersebut kelihatannya akan terus berlaku di masa hadapan. Provokasi yang timbul ni la yang menyebabkan orang yang waras boleh hilang akal lalu terjadi hal-hal sedemikian. Hal yang lain, ajaran Islam sendiri kadang-kadang tidak diajarkan dengan sempurna menyebabkan timbulnya pelbagai ajaran sesat (ibu bapa borek, anak rintik). Itu belum ditambah lagi dengan Islam Liberal yang kini semakin luas pengaruhnya.

Agak kelakar pulak bila aku baca blog orang lain yang ingin memperkatakan tentang Islam tanpa memandang kepada dirinya sendiri. Diri sendiri tu sudahlah tidak bertudung (ditambah pulak dengan hobi clubbingnya), tapi berkata-kata seolah-seolah dia seorang pakar agama Islam. Soalan aku: ustaz atau ustazah mana yang ajar kamu begitu? Itulah, liberal la sangat kononnya.

Perlu diingat bahawa apa yang kita belajar dari zaman sekolah rendah hingga universiti kebanyakannya berbentuk syariat. Ilmu hakikat pulak boleh dikira berapa banyak yang diajar, di mana selebihnya korang kena cari sendiri dengan mempelajarinya daripada guru-guru agama yang handal. Jadi, jikalau korang terfikir nak menulis perihal agama di blog masing-masing, maka penuhkan la dulu ilmu syariat dan ilmu hakikat ni. Sebagai contoh, Imam Ghazali sendiri mengambil masa yang lama sebelum beliau betul-betul menguasai ilmu sufi. Oleh itu, tak ada la nanti korang melalut entah apa-apa yang boleh mengelirukan orang ramai terutamanya yang bukan beragama Islam.

Bukannya apa, selagi aku masih ingat dan waras, aku mau jugak turut mempertahankan agama Islam daripada terus-menerus diprovokasi meskipun cara aku tidaklah sebesar mana. Apa yang korang kena ingat, liberalisme ni sudah semakin berjangkit dan bahaya sehingga sudah ada fahaman Islam Liberal. Fahaman ni seolah-olah cuba menghalalkan apa yang haram, dan mempersoalkan tentang hukum-hukum Islam yang telah ditetapkan oleh syarak. Dan pengikutnya pulak, kebodohan diorang menyebabkan diorang mengikut secara membuta tuli “tanpa memikirkan masa hadapan” seperti kata-kata Ahmad Nabil Ahmad. Dengan itu, timbullah persolan seperti berikut.

“Yoga diharamkan, jadi macam mana dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam?”

Dan aku menjawab, “Kamu ni dah what the fuck huh?”

Kalaupun Yoga diharamkan (sepatutnya memang awal-awal lagi diharamkan), apa jadi ngan diorang yang bukan beragama Islam? Jawapannya, apa kejadahnya nak dirisaukan tentang diorang sebab ini bukannya ada kaitan dengan diorang. Yoga tu pun diharamkan kepada orang yang beragama Islam, jadi orang bukan Islam tidak terjejas. Maksudnya, diorang yang bukan Islam still boleh amalkan lagi sampai bila-bila yang diorang mahu.

In conclusion, aku harap sangat provokasi-provokasi yang timbul seperti kes Adibah Ahmad dapat diselesaikan dan dijawab dengan cara yang paling bernas. Aku rasa pun, diorang yang melakukan provokasi ni sendiri kurang memahami ajaran Islam yang sebenar oleh kerana tiada penerangan yang sebetulnya. Dan aku? Aku akui kata-kata aku kadang-kadang mengandungi perkataan-perkataan yang tak elok, tapi itu kerana aku seorang manusia yang normal. Apa-apa pun, pendirian aku tentang Islam adalah jelas bahawa aku masih kekal dengan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, dan apa jua provokasi kamu tentang Islam tidak akan memadam kepercayaan aku kepada Dia serta pesuruh-Nya.

SEKIAN
1:29 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik