Kenapa orang jahat itu jahat? Dahlah jahat, menyakitkan hati dan “kepala otak” pulak tu. Oleh kerana mereka buat benda jahat, sudah tentu mereka ni diberi gelaran orang jahat (ataupun antagonis). Tapi masalahnya, jahat mereka ni kadang-kadang membuatkan aku pun terasa nak jadi jahat kerana kejahatan mereka (hampeh betul!). Bertambah hairan, kadang-kadang agak cool pulak kalau dilihat (contohnya macam watak Sarip Dol dalam filem Pendekar Bujang Lapok). Bukannya apa, aku tengok orang jahat ni kuat betul la. Susah kita nak hapuskan mereka ni, apatah lagi nak mengharapkan mereka ni bertaubat. Sebagai contoh, Joker dalam kisah Batman teramatlah kejam dan jahat. Dan Batman pula, dia memang takkan mampu membunuh Joker walaupun dia boleh melakukannya pada bila-bila masa. Sebabnya, kalau dia membunuh si Joker ni (bukan secara self-defense), bukankah dia jugak sama saja seperti si jahat tersebut? Tapi masalahnya, selagi si Joker ni hidup, keadaan memang tak akan tenteram. Contoh lain, dalam kisah Prison Break pulak, aku paling geram dengan watak T-Bag. Kebangsatan watak dia ni (naluri kejahatan yang tidak sudah-sudah) membuatkan aku tersangatlah geram setiap kali menonton Prison Break. Dan bertambah menyakitkan hati lagi apabila dia ni dalam masa yang sama agak smart atau pandai dalam memanipulasi keadaan. Ini menyebabkan dia survive dalam tempoh yang lama walaupun dalam suatu masa tu, dia sepatutnya dan seharusnya mati. Tapi, dia still hidup lagi (setakat episod yang aku tengok) dengan kejahatannya tu. So, what the hell kan? Apa-apa pun, aku rasa sifat jahat ni ada dalam setiap manusia walaupun sedikit di mana ianya muncul sebagai alter ego seseorang. Ala, korang tak payah la tipu aku kalau nak menafikan kewujudan sifat jahat ni dalam diri korang. Berpura-pura baik (padahal tidak) di depan orang, mengharapkan kejatuhan seseorang, atau mengumpat perihal orang ni dah terang-terang tergolong dalam sifat-sifat jahat. Tapi, tak dinafikan bahawa sesetengah perkara yang kelihatan seperti jahat tu kadangkala digunakan untuk kebaikan atau survival seseorang. Kalau nak diterangkan tentang perkara tersebut, memang tak larat aku nak menulis. Aku percaya, korang belajar ilmu agama lalu seharusnya korang tau what is right and what is wrong (jadi tak perlu aku nak jelaskan sedalam-dalamnya). In conclusion, sifat jahat ni seharusnya dapat dikawal dan pandai digunakan. Sebabnya, konteks jahat itupun agak luas maknanya (jahat dari segi apa, sebagai contoh). Okay, lebih enak didengar, kita boleh gantikannya dengan nakal yang mungkin agak lembut kedengarannya. Dan aku? Aku jugak bukannya seorang yang sangat baik, tapi aku jugak seperti korang yang tidak jahat: maybe nakal? |
Tp manusia ni mmg x sempurna termasuk le saye. nakal2 sket tu okay la kan?kan? normal la tu. nyakat2 org ni la snorok! haha!!! XD
12/28/2008 6:59 PM