<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
 
 
Friday, October 31, 2008

Ada Apa Dengan Tandas?

Pernah tak korang cari maksud perkataan tandas (atau nama glamournya jamban) dalam Kamus Dewan? Aku tak rasa selain aku, ada orang lain yang terpikir nak cari maksud perkataan ni. "Orang Putih" memanggilnya toilet (sesetengahnya di British memanggilnya loo) dan orang Jepun pulak memanggilnya otoire. Apa saja bahasa yang digunakan, Kamus Dewan mendefinisikannya sebagai: tidak ada lagi; bilik khas untuk membuang air (ni apa yang semua orang tahu); jelas, nyata, atau dengan nyata dan tegas; memenggal, atau memotong.

Tujuan asal aku "mengangkat" subjek tandas ni berpunca dari tandas jugak. Honestly, adalah suatu ketika aku sedang khusyuk dan enak membuang "mereka", secara tiba-tiba aku boleh teringat tentang kisah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Aku pernah terbaca kat surat khabar (atau mungkin majalah) yang mengatakan bahawa beliau ni banyak mendapat ilham untuk menghasilkan pelbagai karya sewaktu berada di dalam tandas. Ternyata ianya amat menakjubkan kerana karya-karya beliau terbukti bukanlah pieces of shit sebagaimana filem-filem arahan A. Razak Mohaideen, Yusof Haslam dan yang "semangkuk" dengan diorang.

Apabila kebanyakan pengkritik filem mengkritik filem-filem diorang sebagai tidak bernilai atau sampah, alasan diorang hanyalah satu, "Kami hanya mengikut selera penonton tempatan sahaja." Come onlah, what the fish (sekadar meniru kata-kata makian kawan aku)?! Orang bayar untuk tiket wayang (tu belum campur ngan duit parking kereta, tambang bas ataupun teksi) tapi kemudiannya disajikan pulak ngan jalan cerita yang rasanya tak setimpal pun ngan harga tiket wayang tu. Tu belum kira lagi ngan kualiti gambar yang "hidup segan mati tak mau". Bagi aku pulak, tak tonton filem-filem diorang pun tak mengapa hinggakan aku pernah terpikir bahawa VCD atau DVD cetak rompak filem-filem diorang pun tak layak untuk dibeli selagi kualitinya macam sampah.

Anyway, berpatah balik kepada subjek tandas aku, sememangnya ilham boleh datang walaupun ketika kita sedang membuang air besar (semestinya yang besar). Iyalah, cuba korang pikir, ada ketikanya memang amat lama kalau nak tunggu seluruh "isinya" keluar. Jadi, masa tersebut boleh membuatkan kita (akulah terutamanya) terpikir (atau berpikir) tentang bermacam-macam perkara. Sekali dengar memang kelakar, tapi kenyataannya macam tulah apa yang aku rasa. Dan sebab tulah awal-awal tadi aku ada katakan bahawa subjek tandas ni ditimbulkan kesan daripada ilham yang datang sewaktu aku sedang "memerah keringat" kat dalam tandas.

Kelakarnya, kalau korang lihat maksud-maksud lain perkataan tandas ni, boleh jugak digunakan dalam perbualan harian kita. Tapi memanglah kebanyakan orang takkan paham apa yang korang cuba nak sampaikan kerana aku percaya tak ramai yang tahu tentang maksud lain perkataan tandas ni. Jadi, sebagai contoh, cuba korang tengok ayat ni betul-betul yang mesti boleh membuatkan korang gelak jika cuba-cuba nak guna.

"Awak dah jamban dalam hati saya lagi."

Saja je aku pakai perkataan jamban kerana ianya lebih "mesra alam" ngan ucapan harian orang kita (korang boleh jugak tukar jadi toilet). Maka, kalau ditranslate balik, ia sebenarnya begini.

"Awak dah tiada dalam hati saya lagi."

Macam mana? Bagi aku memang kelakar! Cubalah korang amalkan pulak, nescaya dari situasi yang bening nanti boleh jadi melucukan. Kalau nak diikutkan, banyak lagi yang boleh aku berikan contoh tapi lebih baik korang buat eksperimen sendiri. In conclusion, kalau akan datang korang sedang ingin "berjuang", cuba-cubalah isi masa yang lapang tu ngan berpikir. Ada tuah, mungkin problem yang korang tengah hadapi tu boleh diatasi melalui ilham yang datang ketika kat dalam tandas.

SEKIAN
12:43 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik