<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
 
 
Monday, June 9, 2008

Definitely, Maybe

Aku rasa, aku agak berlainan dengan lelaki yang lain (termasuklah kawan-kawan aku) di mana menonton filem cinta (atau yang korang panggil "jiwang") menjadi favorite aku walaupun tak semua filem cinta aku tengok (lebih-lebih lagi filem-filem Melayu). Begitupun, dengan lantangnya aku menafikan yang aku tergolong dalam kategori lelaki lembut, gay dan sebagainya. Aku hanyalah seorang manusia normal yang ada perasaan cinta (aku amat bersyukur pada Tuhan yang masih memberikan aku perasaan cinta) dan aku tak fikir standard aku jatuh hanya kerana suka menonton filem-filem jiwang. Come onlah, masa bercinta, aku lihat korang kadang-kadang lebih "karat" dan mengada-ngada daripada apa yang korang sifatkan jatuh standard bila menonton filem-filem jiwang. Bak kata pepatah, "bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan, padahal diri sendiri tidak berjalan dengan betul". Okay stop, malas nak cerita panjang-panjang tentang perkara ni sebab tujuan aku menulis kali ni bukan nak membahaskan perkara tu.

Sebelum tu, aku nak ingatkan bahawa penulisan aku kali ni memang terkandung spoiler. Jadi, bagi sesiapa yang belum tengok dan tak mahukan spoiler, cepat-cepatlah pangkah page ni. Okay then, kenapa filem ni dijadikan subjek aku kali ni? Sebab bagi aku, filem ni adalah antara filem komedi romantik paling best pernah aku tengok (kategori filem Barat) selain daripada A Lot Like Love, You've Got Mail, Hitch dan lain-lain. Bagaimanapun, tak seperti filem-filem komedi romantik yang lain, filem ni agak sukar diduga tentang apa yang akan berlaku dalam penceritaannya. Ceritanya lebih realistik atau dekat dengan kita di mana ianya tidak seperti cerita-cerita cinta fantasi atau cerita yang memperbodohkan penonton. Sebaliknya ia menceritakan kepada kita tentang bagaimana payahnya proses bercinta dan apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan cinta sejati (atau cinta sebenar). Manusia boleh jatuh cinta sebanyak mana yang mungkin, tapi antara banyak-banyak cinta tu, mesti ada sorang yang betul-betul dicintai tak kiralah sama ada dianya dah menjadi ex (bekas), sedang atau mungkin jugak bakal.

Secara ringkas, cerita ni tentang seorang lelaki, William Hayes lakonan Ryan Reynolds (aku suka lakonan dia ni lepas tengok filem Smokin' Aces), yang bakal bercerai yang pada dasarnya dah tiga kali gagal dalam bercinta termasuklah dengan isterinya kini. Permulaan cerita ni memang kelakar sebab dari sinilah maka cerita cinta William dipaparkan. Anak si William, Maya lakonan Abigail Breslin (cutenya budak ni!), mendesak ayahnya supaya diceritakan tentang bagaimana ayahnya boleh bercinta dan akhirnya berkahwin dengan ibunya lalu "membuat" dirinya. Ni kesan daripada guru-guru di sekolahnya yang memberi pendidikan seks terlalu awal kepada kanak-kanak yang of course belum matang (atau baligh). Kalau aku, mesti gabrah dengan soalan-soalan yang bakal diajukan oleh anak kecil. Contohnya dalam filem ni, Maya tanya ayahnya, "If they didn't want a baby, then how come they had sex?". Sebenarnya, apa yang Maya runsing ialah sama ada dia "dibuat" secara tidak sengaja atau totally on purpose. Oleh kerana ayahnya kata totally on purpose, maka dari sinilah Maya memaksa ayahnya menceritakan tentang kisah cinta mereka berdua.

Dalam pada William terpaksa membuka cerita kisah lamanya, dia mahu anaknya meneka yang mana satu wanita yang akhirnya menjadi ibunya. Maka dengan itu, dia bercerita dengan menukar nama wanita-wanita tersebut dengan nama yang lain (nickname). Antara wanita-wanita tersebut adalah Emily Jones lakonan Elizabeth Banks, April Hoffman lakonan Isla Fisher, dan juga Summer Hartley lakonan Rachel Weisz. Apa yang bestnya ialah lakonan mereka bertiga menunjukkan chemistry yang baik di samping Ryan Reynolds, dan tiada pertelagahan atau pertelingkahan di antara setiap watak dalam filem ni. Maknanya, tiada unsur-unsur perebutan, dengki-mendengki dan pergaduhan antara Emily, Summer dan April seperti mana filem-filem cinta yang lain. Bahkan, mereka semua berhubungan dengan sangat baik!

Ceritanya, Emily dan Summer adalah rakan baik yang kedua-duanya bercinta ngan William tetapi bukan pada waktu yang sama di mana William mula couple ngan Summer setelah Emily memutuskan hubungan akibat mempunyai hubungan yang lain (Emily buat hubungan ngan member William). In other words, Emily adalah cinta William sejak dari zaman kolej yang akhirnya putus lepas William blah sebab kerja kat New York dan kat sinilah dia jumpa Summer yang merupakan journalist (bertemu sebab Emily kirim barang untuk diberikan kat Summer). William berada di New York adalah disebabkan bekerja untuk kempen pilihanraya presiden Amerika (menjadi penyokong Bill Clinton) dan di sinilah William dan Summer mula couple setelah lama berkenalan. Hubungan mereka putus oleh kerana Summer lebih menyintai lelaki lain (Hampton Roth lakonan Kelvin Kline) daripada William.

Watak favorite aku semestinya April yang mula berkenalan ngan William sewaktu terlibat dalam kempen pilihanraya tersebut (dalam masa yang sama William berkenalan ngan Summer, dia juga berkenalan ngan April) dan akhirnya menjadi best friend. Perbezaan pendapat antara William ngan April sebenarnya merapatkan hubungan mereka kerana kat situlah terhasilnya keserasian pada akhirnya. Masalahnya kat sini adalah masa (timing la senang cerita) di mana April menyintai William sewaktu William sedang couple ngan Summer, dan di waktu William pula menyintai April (setelah lama putus ngan Summer), dia pula sedang couple ngan Kevin (tapi April masih ada feeling kat William). Jadi, yang mana satu ibu sebenar kepada Maya? April? Nah, tekaan korang adalah salah! Itulah yang pada mulanya aku sangkakan tetapi ternyata bukan. Siapa pulak wanita yang William benar-benar cintai? Ibu kepada Maya? Nah, jugak salah! Seperti yang aku cerita awal-awal tadi, filem ni agak sukar untuk diduga. Aku takkan ceritakan endingnya sebab korang kena tengok sendiri kalau nak tau kesudahannya (itupun kalau korang minat filem-filem cinta).

Jadi, apa lagi yang buat filem ni bertambah best? Okay, selain daripada plot ceritanya, lakonan bersahaja Abigail Breslin ternyata memukau aku ditambah pula ngan kecomelan dalam wataknya (juga wajahnya). Sebagai ayah, lakonan Ryan Reynolds ternyata menjadi di mana wataknya yang sporting (lebih-lebih lagi dalam melayan kerenah Maya), agak kelakar, dan kadang-kadang nerd membuatkan filem ni hidup (filem ni pun memang berkisarkan cerita cinta William). Jika lawak-lawak bodoh sering dipaparkan dalam filem-filem komedi romantik yang lain, filem ni tak memerlukan scene yang sebegitu untuk mewarnakan penceritaannya kerana ianya sudah cukup ngan dialog yang spontan, simple dan lucu. Selain daripada tu, ketiga-tiga watak wanita tersebut mempunyai personaliti yang berbeza yang menjadikan cinta William terhadap ketiga-tiganya berlainan (atau bervariasi) mengikut keadaan. Perbezaan personaliti antara ketiga-tiga watak wanita tersebut bagaimanapun tak mengganggu perjalanan ceritanya tetapi lebih membuatkan ianya menarik, manakala cinta William bagaikan direset setiap kali menemui cinta baru setelah putus ngan cinta lamanya.

Kesimpulannya, apa yang nak aku nyatakan kat sini ialah cinta boleh berlaku di mana saja, dalam banyak keadaan dan mungkin mengambil masa untuk difahami (kadang-kadang kesedaran tu datang terlalu lewat). Jangan setakat dah putus cinta, lalu mengatakan "love sucks". Cinta tak bersalah dalam hal ni, sebaliknya manusia tu sendiri. Apa yang penting ialah step atau langkah yang macam mana perlu dibuat untuk mendapatkan dan mengekalkan cinta ni (ni adalah daripada apa yang aku fahami dan pelajari walaupun aku adalah single sekarang). Okay, enough said. Walaupun agak lambat aku menonton filem ni, tapi secara keseluruhannya aku boleh bagi rating sebanyak 4/5 (tiada filem yang benar-benar perfect okay) hasil daripada plot cerita yang tak berserabut, teratur mengikut timing, dan lakonan pelakon-pelakonnya yang mengagumkan termasuklah si cilik Abigail Breslin (Maya).

SEKIAN
4:58 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik