<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
 
 
Friday, February 2, 2007

1 Litre of Tears

Agak lama rupanya aku tak menulis dalam blog yang tak seberapa ni. Nak kata sibuk, rasanya banyak juga masa terluang aku. Cuma mungkin kebelakangan ni aku rasa agak malas hendak menulis walhal terdetik banyak kali untuk melakukannya. Tahun 2006 bagi aku adalah tahun yang agak kelam kabut. Banyak perkara yang berlaku dan agak pantas sehingga kadang-kadang tu agak sukar untuk aku menerimanya. Harap-harap tahun ni taklah seperti tahun-tahun yang lepas.

Kali ni aku terdetik untuk menulis tentang satu drama Jepun yang baru je aku habis tengok iaitu 1 Litre of Tears. Walaupun drama ni ditayangkan sekitar tahun 2005, aku baru je mendapat peluang menontonnya. Itupun setelah aku download satu siri drama ni daripada PC member aku. Apa yang membuatkan aku teringin sangat nak tengok drama ni hanyalah setelah aku mengetahui siapa pelakonnya. Bagaimanapun aku telah terdedah kepada spoiler yang banyak terdapat kat internet. Barulah aku tahu bahawa sesungguhnya inilah antara drama Jepun yang paling menyentuh hati menurut audiens di Jepun dan juga peminat-peminat drama Jepun seluruh dunia.

Salah satu faktor yang menyebabkan aku sangat meminati drama-drama Jepun adalah kerana jalan ceritanya selain daripada para pelakonnya sendiri. Aku ada terbaca akhbar tempatan di mana sorang pengkritik hiburan mengatakan bahawa drama-drama Melayu kebanyakannya cuba "memaksa" audiens untuk "menangis" (bagi sebuah drama sedih). Aku sangat bersetuju! Jika dibandingkan dengan drama Jepun (aku tak berapa suka drama Korea!), diorang tak perlu memaksa audiens untuk sama-sama berasa sedih, kita sendiri yang akan tersentuh (bagi seorang manusia normal yang ada perasaan). Inilah sebenarnya kekuatan diorang yang produser-produser drama Melayu patut pelajari. Jika Dr. Mahathir telah membuat Dasar Pandang Ke Timur, jadi apa salahnya sekiranya kita mengambil contoh yang baik daripada mereka.

Berbalik kepada drama ni, member aku sebelumnya ada beritahu aku bahawa drama ni bukan sebarangan drama. Ia boleh mencabar ego lelaki yang menontonnya daripada episod satu lagi. Bunyinya kedengaran seperti gurauan tetapi sebenarnya ia memang betul. Jarang sekali aku betul-betul feel menonton sesebuah drama sepertimana aku menonton drama ni. Untuk pengetahuan, drama ni adalah berdasarkan kisah sebenar di mana watak sebenarnya yang bernama Kitou Aya telah pun meninggal dunia hampir 19 tahun yang lalu (23 Mei 1988) pada usia 25 tahun.

Secara ringkas, drama ni berdasarkan kisah sebenar di mana Kitou Aya yang pada ketika umurnya menjangkau 15 tahun telah mendapat satu penyakit yang dinamakan spinocerebellar degeneration. Penyakit ni pada mulanya akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat berjalan dengan betul, tidak dapat memegang barang dengan betul, dan mengalami kesukaran untuk bercakap. Pada peringkat akhir, orang tersebut tidak dapat berjalan terus, tidak dapat menggunakan tangannya, tidak dapat bercakap dan akhirnya mati. Penawar bagi penyakit ni masih lagi tiada. Aku terfikir macam mana jika hidup tanpa boleh menggunakan tangan, kaki, dan tidak boleh bercakap. Tentu sekali hidup akan rasa kesunyian.

Aku sungguh kagum dengan Erika Sawajiri (aku sangat meminati dia ni) yang melakonkan watak Aya. Dia betul-betul menjiwai wataknya sehingga aku dapat merasakan "penderitaannya". Dalam dunia ni, kita tak boleh menafikan bahawa terdapatnya sikap prejudis di antara kita. Aku pun adakalanya agak mementingkan diri sendiri. Dalam drama ni, kita boleh melihat sendiri bagaimana masyarakat sekeliling memandang perkara sebegini. Ada yang tidak ambil kisah dan ada juga yang sungguh mengambil berat tentangnya.

Apa yang membuatkan aku betul-betul sebak (walaupun mata berair, tapi "dia" tak nak jatuh jugak) adalah sewaktu aku menonton episod keenam. Semangat kekeluargaan yang cukup kuat dalam memberikan sokongan sangat menyentuh hati aku. Drama ni bolehlah aku katakan sebagai sebuah drama yang superb dan sungguh powerful. Penceritaannya sangat jelas dan mudah untuk difahami sehingga kita berasa seperti sebahagian daripada mereka.

Tahun-tahun terakhir si Aya (setelah penyakitnya bertambah teruk) banyak diisi dengan rehabilitation dan menulis diari. Diari beliau yang ditulis sejak usianya 14 tahun sehingga ke hari ini telah terjual melebihi 14,000,000 unit di Jepun di mana ianya telah banyak memberikan kekuatan dan sokongan kepada berjuta-juta orang. Catatan diarinya turut diselitkan di dalam drama ni dan membuatkan orang seperti aku serta manusia-manusia lain tersentuh hati mengenangkan perjalanan hidupnya. Sesungguhnya, Dia menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian, dan Dia juga menciptakan manusia itu untuk saling bantu-membantu. Jika bukan manusia yang harus memahami manusia lain, siapa lagi kan?


"Just being alive is such a lovely and wonderful thing." - Kitou Aya

____________________


Pos asal: 9 Januari 2007, www.myspace.com/luriahk

SEKIAN
4:35 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik