Oh bintang paling jauh Ku cuba ‘tuk memetikmu Semalam ku terjatuh Kau sambut walau berdebu Kalau sesiapa tak tau, ni adalah lagu daripada band favorite aku iaitu The Times. Tajuk lagu ni ialah Lagu Bintang. Mahu tau kenapa aku tulis pasal subjek bintang ni? Sebabnya, nilah yang paling aku suka tengok waktu malam-malam kalau aku ada masalah, beban, tension atau kalau dah tak tau nak buat apa-apa waktu malam. Bila je aku tengok bintang, mesti aku lupa kejap dengan semua problems aku hari tu. Bukan je setakat cantik, tapi sangat mengagumkan aku. Terasa kecil je aku kat dunia ni, bagaikan lebih kecil dari sang semut. Keindahan bintanglah yang membuatkan aku kembali tenang dan kadang-kadang sampai mengelamun jauh. Kalaulah bintang ni tak de value dalam diri seseorang manusia (macam aku), so taklah penat-penat bebudak The Times tu buat lagu pasal bintang yang bagi aku bukan setakat sedap didengar tapi sangat puitis serta ada makna. Serius! Kalau je aku tengok, masalah aku tu boleh aku fikirkan dengan tenang dan penyelesaian tentang sesuatu masalah atau idea-idea tiba-tiba je datang mencurah-curah. Itu tandanya Tuhan Maha Besar dan Maha Pengasih yang membuatkan manusia seperti aku masih lagi ingatkan-Nya walaupun kadang-kadang tu aku agak lalai. At least, aku taklah seteruk manusia-manusia kat luar sana yang lupa langsung terhadap penciptanya. Dan kerana bintang jugalah tergerak hati aku untuk menulis kali ini. Sekian. ____________________
Pos asal: 23 Julai 2006, www.myspace.com/luriahk |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.