Adalah dulu masa aku pergi hospital tengok nenek aku yang kurang sihat (word sakit bagi aku dah kes berat), aku tengok ramai jugak pesakit-pesakit warga tua yang dok "melepak" kat katil hospital tu. Nampak macam perkara biasa bagi kebanyakan orang, tapi bagi aku ianya perkara yang penting dan sering aku fikirkan. Honestly aku cakap, tempat berehat (tidur dan sebagainya) yang paling tak selesa dan tak aku gemari ialah katil hospital. Kalau aku sakit pun, walaupun penyakit tu agak teruk, kalau boleh aku tak tinggal kat hospital, aku mesti lagi prefer dok rumah. Walaupun member-member aku cakap dok hospital ni best sebab dapat tengok nurse yang cantik-cantik, tapi aku tak peduli semua tu. Dahlah peralatan-peralatan kedoktoran ni amat menyeramkan aku, lagi mau tinggal hospital ke? Kerana ni jugaklah aku 'berperang' mulut dengan mak aku yang seboleh-boleh nak aku sambung belajar dalam bidang perubatan (yang ada kaitan pun jadilah). Akhirnya dapat jugak aku melarikan diri daripada "tersambung" belajar dalam bidang perubatan setelah aku berjaya meyakinkan lady boss tentang bidang yang aku belajar sekarang ni (ekonomi). Fuh, lega! Kalau tak, pitam jugak aku rasa kalau tengok darah ni (ceh, penakut jugak aku ni rupanya). Persoalan sebenar yang selalu aku fikirkan mengenai hospital ni ialah adakah di waktu tua nanti, aku akan menghabiskan sisa-sisa hidup di atas katil hospital? Aku berdoa selalu, mintak kalau sampailah ajal aku, janganlah aku mati dalam keadaan yang penuh dosa dan dalam keadaan yang teruk (kerana penyakit). Maksud aku, sebagaimana orang yang baik "pergi" dalam keadaan yang tenang tanpa apa-apa masalah (penyakit dan sebagainya), macam tu jugaklah yang aku mahukan. Sesungguhnya aku bukannya benci ngan hospital ni, cuma bagi aku tinggal di hospital ni suatu pengalaman yang membosankan dan "menyeramkan". Tulah, siapa suruh tengok movie seram banyak-banyak, kan dah terpengaruh. Tapi sebenarnya yang buat aku fikir benda ni sebab masa aku pergi hospital aku tengok ramai jugak orang tua yang dah nyanyuk, dan tiada siapa yang jenguk. So, itu sebablah aku kalau boleh tak nak jadi macam tu. Jadi sekarang ni aku mula fikir macam mana nak jaga kesihatan supaya taklah nanti aku mati dalam keadaan yang nyanyuk, tak kenal sesiapa, takde siapa yang datang jenguk, dan yang lebih penting dalam keadaan aku yang tak tahu siapa pencipta aku (tu lagi bahaya). Sekian. ____________________
Pos asal: 23 April 2006, www.myspace.com/luriahk |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.