Tiga hari yang lepas, bila tak de kerja nak dibuat (padahal banyak yang boleh dibuat), aku pun duduklah depan TV tengok-tengok apa cerita yang best hari tu. Dalam aku tukar-tukar channel, tiba-tiba jari ni terkaku dan berhenti menekan-nekan remote control tu. Aku tak ingat channel apa, tapi yang pasti ia sebuah filem yang kalau tak silap aku tajuknya "Finding Forrester". Ceritanya mungkin tak menarik sangat bagi kebanyakan orang terutamanya remaja termasuklah kawan-kawan aku jugak. Apa yang menarik aku untuk terus menonton filem ni bukanlah kerana pelakon-pelakonnya (malah aku pun tak berapa kenal diorang), tapi disebabkan oleh ceritanya. Pasal apa? Adalah sorang pelajar kulit hitam yang amat berbakat dalam bidang penulisan dan juga sukan bola keranjang. Dia ni secara tak langsung "terjumpa" dengan si Forrester yang merupakan sorang penulis hebat yang hanya menghasilkan sebuah buku sebelum menghilangkan diri (membawa diri la tu). Walaupun si Forrester ni telah menggunakan nama samaran, namun budak kulit hitam ni tahu jugak rahsia si Forrester ni, tapi dia taklah pulak bocorkan rahsia Forrester. Budak ni sebenarnya amat berminat dengan falsafah-falsafah hidup (aku pun!) sampaikan banyak buku-buku karya penulis-penulis hebat dia baca dan dia ingat. Tapi bezanya aku dengan dia ialah aku tak rajin membaca buku-buku falsafah ni tak kiralah karya dari barat, timur atau local sendiri. Maklumlah, buku-buku ni semua bukannya murah kalau nak dibeli, dan aku pulak bukanlah jenis yang suka meminjam buku kat perpustakaan. Kalau aku suka aku mesti beli. Bad habit aku sendiri pulak yang malas buat banyak kerja aku tertangguh-tangguh termasuklah mengarang ayat-ayat ni semua. Satu yang aku suka dengan budaya barat ni ialah diorang memang suka membaca dan mengkaji sesuatu perkara walaupun ianya nampak remeh. Tu pasallah kenapa ramai daripada diorang ni ingat atau hafal kata-kata daripada buku-buku yang diorang baca, dan ni termasuklah dengan nama-nama pujangganya sekali. Hebat kan? Berbalik kepada cerita asal aku, budak kulit hitam ni secara tak langsung berjaya menarik keluar semula si Forrester yang lama membawa diri ni hinggakan dia pula memberi tunjuk ajar kepada budak tu tentang bagaimana mengarang satu jurnal atau cerita yang bagus. Apa yang paling aku ingat dalam filem ni ialah tentang satu babak di mana dia ajar budak tu satu cara yang nampak simple dan pelik tapi amat berkesan (termasuklah ke atas aku sendiri). Caranya cuma ambil pen dan kertas (dalam filem ni dia pakai typewriter tapi aku pakai pen dan kertas), kemudian tulis apa saja yang kamu mahu. Dia kata tak payah berfikir apa yang nak ditulis, tulis apa yang nak diluahkan. Maksudnya tulis apa yang sedang ada di fikiran, bukannya berfikir apa yang hendak ditulis. Betul jugak cara dia ni, kita tak perlu memikirkan berjam-jam apa yang hendak ditulis, cuma kita perlu tulis secara spontan apa yang sedang kita fikirkan. Belum tentu apa yang kita fikirkan berjam-jam lamanya dapat menghasilkan sebuah karya yang bagus, tapi yang dihasilkan secara spontan mungkin pula menjadi yang terbaik. Bak kata iklan Adidas, "Impossible Is Nothing". Aku pun lantas mengorek keluar buku-buku (komik sebenarnya) yang aku simpan, dan aku keluarkan yang paling aku suka iaitu komik "Aku dan Sesuatu". Dalam komik ni terselitlah satu ruangan yang cukup untuk membuatkan aku berfikir, tersengih sendirian dan memahami apa yang tak aku fahami sebelumnya. "Roman Kodian", itulah tajuk yang dipilih untuk ruangan tersebut oleh penulisnya si Nazim Masnawi (aku kagum dengan dia ni). Kenapa Roman Kodian? Sengaja dia gunakan perkataan tersebut yang maknanya: sebuah cerita yang rendah nilai sasteranya. Dan bagi aku selaku pembaca, kira bagus jugak sebab ianya lebih mudah difahami, bersahaja dan lebih jujur. Aku pernah dengar ada orang kata bahawa kejujuran itu perlu dalam kita melontarkan sesuatu perkara. Jadi inilah yang membuatkan aku menulis segala yang di atas dan meluahkan apa yang ada di fikiran aku. Sekian.
"Aku menulis bukan kerana nama." ____________________
Pos asal: 15 April 2006, www.myspace.com/luriahk |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.