<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Sunday, June 2, 2013

KIL



Akhirnya, setelah setahun lebih aku tunggu filem ini, keluar juga minggu lepas. Aku tertarik dengan filem KIL sejak mula tengok karya Rewan Ishak yang lain di YouTube. Kemudian, aku mula jatuh cinta dengan Cristina Cempaka atau nama kininya Cristina Suzanne Stockstill.

Sepatutnya, aku dah buat review dari hari Khamis lagi usai menonton filem KIL ini pukul 8 malam di Alamanda, Putrajaya. Tapi aku nak bagi chance pada diri sendiri untuk tonton buat kali kedua. Kemudian, baru aku boleh buat review.

Secara ringkas, KIL mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Akil yang depresi dan bertekad untuk membunuh diri. Dia sering gagal dalam usahanya membunuh diri, lalu apabila terlihat iklan yang menawarkan penyelesaian kepada kes bunuh diri iaitu Life Action Bureau (LAB), Akil terus saja mengupah agensi tersebut. Namun, hatinya mula berubah apabila bertemu gadis riang bernama Zara yang mempunyai kisah tersendiri.

Jadi, mengerti plotnya serba sedikit? Ok, mungkin ada sedikit spoiler tapi aku tak adalah sampai nak cerita betul-betul secara detail. Aku akan ceritakan kenapa filem ini sangat bagus, sampai aku boleh tengok dua kali (aku jarang tengok filem Melayu berulang kali melainkan jika ianya bagus).

Pertama, aku suka watak Akil lakonan Redza Minhat. Dia berjaya membawakan wataknya dengan baik, lebih-lebih lagi dalam bentuk ekspresi yang menonjolkan emosi. Maknanya, Redza berjaya menunjukkan bagaimana seseorang yang depresi berfikir dan bertindak di mana dalam kes ini, Akil lakonannya bertekad untuk membunuh diri.

Kedua, watak Zara lakonan Cristina Suzanne Stockstill sangat rare dalam filem Melayu kita. Aku ada terbaca dalam akhbar mana entah yang kritik bahawa Cristina sedikit stiff dalam lakonannya. Aku tak bersetuju kerana bagi aku, watak Zara kelihatan sungguh natural bagaikan ianya benar-benar Cristina sendiri.

Setelah melihat Zara, aku dah mula berangan nak mencari gadis sepertinya. Bagi aku, gadis seperti Zaralah yang selama ini aku cari: comel/cantik (subjektif ok aspek ini), berdikari, dan paling utama kelakar. Dia tak terhegeh-hegeh mengharapkan orang lain untuk meraih simpati, tapi lebih senang memahami dan membantu orang lain.

Walaupun watak Harun Salim Bachik sebagai Harun agak terhad, tapi dia berjaya membawakan wataknya hingga habis sampai pada satu tahap, aku sangat benci dengan wataknya itu. Aku tak nak cerita lebih-lebih, nanti ada yang tak mahu tengok bila dah tahu terlalu banyak spoiler. Jadi, aku suggest korang tengok sendiri then baru komen kalau rasa nak share sesuatu.

Dari segi teknikal, filem KIL sangat hebat bermain dengan ruang. Sinematografi filem ini memang dahsyat, cantik dengan bokeh yang banyak ditonjolkan dan berjaya menonjolkan mood atau emosi yang cuba disampaikan. Skor muzik apatah lagi, diiringi oleh pemuzik-pemuzik handal seperti Pesawat, Butterfingers dan lain-lain yang aku tak ingat.

Kali pertama aku tengok KIL di Alamanda Putrajaya, aku berjaya lagi cover air mata waktu babak sedih. Tapi petang semalam, aku tak dapat tahan air mata waktu babak sedih dalam filem KIL ini. Secara jujurnya aku nak beritahu, aku menangis!

Mujur, dalam panggung memang aku seorang saja (sayang, filem bagus tak ramai nak tengok). Babak sedih itu sebenarnya mengingatkan aku kepada realiti hidup sebenar. Mungkin juga aku teringat arwah ayah.

Ramai yang perasan bahawa, terdapat beberapa aspek yang mempunyai persamaan dengan filem barat (500) Days of Summer. Ya aku tak menafikannya kerana memang terdapat sedikit persamaan di antara keduanya. Persamaannya termasuklah dari segi visual (seperti menconteng dinding dengan kapur, adegan di rooftop, dalam komuter, lif dan sebagainya), dan watak Zara yang sedikit mirip watak Summer (in fact, wajah Cristina pun ada iras Zooey Deschanel).

Namun di sini, aku nak menyatakan bahawa jalan cerita di antara kedua-duanya memang berbeza. Cuma temanya saja yang sama iaitu romantik komedi. Kalau korang mengaku peminat setia filem Melayu, maka KIL dah jadi 'hukum wajib' untuk ditonton. Seperti apa yang terpampang dalam filem KIL, "Life is too beautiful to be wasted."

____________________


P/s: Aku dah pasang niat, nak cari Zara aku!

SEKIAN
3:02 AM
3 KATA HATI
[ 3 ] PENDAPAT

Blogger Muhammad Za'im Mohamad Yusoff berpendapat bahawa:

As-salam wbt,

Melihatkan di tataran laman lain yang membicarakan sisi-sisi perspektif yang pelbagai menjentik naluri untuk terus berdiskusi tentang filem indah ini.

Kita punya banyak kaca mata,
Berbeza warna juga saiznya,
Alangkah ia amatnya rugi,
Kalau tidak gambaran memasing dikongsi?

:)

Terima kasih kunjungi laman aku,
Dan aku membalas kunjungan itu!

6/03/2013 4:09 PM

 

Blogger alonso.apoyar berpendapat bahawa:

Hehee, saya adalah salah sorang spoiler jalan cerita dia. too excited, sampai takboleh nak tapis. tapi tak cerita full. nak cari zara? saya nak cari akil :3

6/07/2013 8:36 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Muhammad Za'im Mohamad Yusoff: sama-sama juga. yang baik, kita kongsi. :)

@alonso.apoyar: nak cari Akil, jangan lupa sedarkan dia bahawa hidup terlalu sayang untuk dibazirkan begitu saja. :)

6/10/2013 12:53 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik