<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, May 23, 2013

(Apa Cerita) Bunga Seri Pagi?

Sebagai introduksi, entri ini dah aku jadualkan untuk diterbitkan pada pagi Khamis, yang maknanya aku dah tulis pada hari Rabu.

Bukannya apa, sebab blog ini nampak kosong dah lama tak dikemaskini. Jadi, bila ada entri setiap hari, nampak benar aku ini rajin kemaskini. Setiap hari konon, macamlah sekarang banyak masa nak kemaskini.

Jadi, apa nak diceritakan ya bunga seri pagi atau dalam bahasa Inggerisnya 'Morning Glory'? Sebentar, aku dah hilang sentuhan dalam menulis. Penggunaan bahasa rojak yang minimalis mungkin perlu, sebab kalau terlalu mengikut tatabahasa dan formal nanti orang letih nak baca blog aku.

OK, sebenarnya dalam hampir 5 bulan setelah 'hari itu' banyak membuatkan aku belajar. Macam-macam perkara yang antaranya tentang hubungan di antara dua manusia, pekerjaan dan sebagainya. Dalam bahasa puitisnya (konon nak puitis), kehidupan.

Kalau nak cerita pasal hubungan, sebenarnya ada kaitan dengan kerjaya. Lelaki kalau tak berkerjaya, jangan mimpilah nak bina keluarga walau berapa 'kentalnya' korang bercinta. Trust atau faith daripada seorang wanita akan hilang kalau dia lihat 'seharusnya bakal suaminya' itu tak menentu hala tujunya (eh, ada macam perli diri sendiri pulak).

Then, masalahnya pula bila lelaki terlalu fokus pada kerjaya, benda-benda macam bina keluarga ini seakan-akan dilupakan (at least buat sementara waktu). Kalau orang tanya bila kau pula waktu kita pergi majlis kahwin, aku hanya tersenyum tawar. Entah, aku sebenarnya jadi malas nak menjawab.

Bukannya tak ada gadis-gadis (peh plural tau, dahsyat!) yang ada bagi hint, cuma aku ada sedikit fobia untuk membuat hubungan baru. Rasa rendah diri atau rendah hati membuatkan aku tutup dulu pintu buat sementara waktu walau aku sedar ada yang mengetuknya. Tetapi takut juga aku bila dah ditutup, takut tombolnya rosak sebab berkarat bila orang yang tepat cuba membukanya namun tak berjaya.

Perasaan terhadap dia yang lama macam mana? OK, part ini sebenarnya dah lama aku tak fikirkan sangat. Mungkin rasa itu dah tak ada lagi pada dia, cuma yang tinggal seperti biasa adalah memori yang kadangkala buat aku jadi rindu.

Baru-baru ini pula, ada berkesempatan berjumpa NI (bacalah entri lama kalau nak tahu siapa sebab aku malas dah nak cerita lagi) setelah sekian lama. Tengok wayang, makan-makan dan sebagainya macam biasa orang keluar pergi Mid Valley Megamall itu. Kawan baik aku pandai betul part membaca hati orang ini, apabila dia tanya sama ada aku masih ada rasa pada NI.

Jawapannya tentu sekalilah ada. Dan dia tanya lagi, tak nak cuba lagi untuk kali kedua? Aku tahu NI itu dah single, maka disebabkan itu kelihatannya ada peluang dan tak menghairankan apabila kawan-kawan aku suruh aku cuba lagi.

Kalau ini diri aku yang setahun dua yang lalu, memang aku akan cuba lagi. Tetapi macam aku cakap tadi, aku 'fobia'. Bukan fobia terhadap wanita, aku cuma tak mahu benda sama berlaku berulang-ulang sebab aku dah terlalu penat asyik mengejar.

Putus asa pun tidak sebenarnya. Kali ini aku fikir dari sudut yang sebelum ini aku tak nampak, iaitu fair. Maksudnya, kalau kali ini aku mahu ada hubungan baru maka aku harus mempunyai jaminan terhadap 'dia yang ditakdirkan'.

Cuba beritahu aku, perempuan mana yang mahukan lelaki yang tiada hala tuju dan tak menjamin masa depan dia? Ada, aku tahu cuma jenis ini dia tak berapa kisah mungkin sebab dia yang nak menanggung lelaki itu kot. Nak cari pasangan yang sabar, setia dan menyokong waktu susah dan senang ini bukannya senang tahu?

Pendek kata, aku tahu bahawa 'dia yang ditakdirkan' itu ada di suatu tempat, dengan sabarnya menunggu tuan empunya tulang rusuk kiri untuk datang menuntutnya semula. Aku boleh rasa bahawa Allah sengaja aturkan untuk aku dipertemukan dengan 'dia yang ditakdirkan' pada waktu yang sesuai: waktu di mana aku dah bersedia segala-galanya. Ini sebenarnya peluang yang Allah beri untuk aku baiki diri, tak lebih tak kurang.

Jadi, bila mana waktu itu tiba, mungkin 'dia yang ditakdirkan' itu yang mungkin pernah muncul dalam mimpi secara samar-samar itu akan diperlihatkan-Nya akhirnya atau yang lebih baik?

SEKIAN
9:00 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik