Wahai luka,
kau boleh datang ke mari
menikam tubuh lemahku
tetapi janganlah hatiku.
Wahai luka,
ketika kau melawat hatiku
jiwaku seperti tercampak
jauh ke sebuah daerah
gelap tidak berpenghuni.
Wahai luka,
ketahuilah betapa sukarnya
untuk aku mencuci sisa-sisamu
kerana tanpa Dia
manakan mungkin aku kembali
pulih walau masih tertinggal zarahmu. |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.