Oh dunia,
biarkan aku di sini
duduk diam membisu
hanya aku dan Tuhanku.
Oh dunia,
berhentilah menggodaku
dengan harapan palsu
yang tiada penghujungnya
kerana sesungguhnya aku ini
sudah muak dengan dirimu.
Oh dunia,
biarlah aku lelap
biar bintang menemaniku
biar bulan mendodoikanku
dengan sinar yang nyaman
sentiasa sahaja memujukku
saat kau mengejekku. |
*tetiba
hihi
4/14/2013 10:35 PM