Ada masa, memang aku silap. Ada masa, orang lain pula yang salah faham atau tersilap tentang aku. Biasalah manusia, tak sempurna Kadangkala, saat kita rasa kita dah matang, sebenarnya tak begitu pun. Kerana apa, kerana emosi datang mengganggu. Disebabkan itu, kadangkala penulisan aku menampakkan ketidakmatangan. Aku berterima kasih pada si dia, kerana dia menyedarkan aku tentang banyak perkara. Kalau aku terlepas dia, itu memang salah aku. Mana-mana perempuan pun akan rasa tak 'terjamin' dengan keadaan aku yang sekarang. Aku sebenarnya dah lama tak kena tegur yang membuatkan aku betul-betul tersedar. Pesanan terakhir yang buat aku tersedar datang daripada arwah ayah dan arwah datuk. Bukan pesan mak aku tak ambil peduli, cuma mungkin man-to-man talk ini lebih mudah aku terima. Jadi nanti, kalau aku dah ada anak, aku seboleh-bolehnya mahu satu konversasi yang terbuka dengan anak-anak aku. Aku mahu mereka rapat dengan aku dan selalu duduk berbincang dengan aku. Bila dah dewasa macam ini, baru aku mengerti apa yang sering dibebelkan oleh kedua-dua orang tua aku. Cuma aku rasa, aku mahu ubah sedikit pendekatan mendidik agar mereka nanti benar-benar memahami apa yang daddy cool mereka akan bebelkan. Tak mengapa kalau mama mereka sedikit garang, biar daddy mereka cool saja. Dalam keluarga kenalah seimbang, tak begitu? Jadi pada akhirnya, mana yang aku silap dulu, sedang aku perbaikinya sedikit demi sedikit. Manalah mungkin boleh berubah dalam sekelip mata, secara normalnya. Moga yang diminta, dikabulkan-Nya. |
11/15/2012 9:15 PM