<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, June 12, 2012

Brioche Di Fontaineblea: I

INI lagi. Termasuk kali ini, aku tidak tahu berapa kali situasi yang sama berlaku kepadaku. Keadaan yang serupa asyik berulang-ulang seperti tiada penamatnya. Aku menjadi sangat takut. Aku tidak tahu lagi membezakan yang mana makar dan yang mana satu realiti. Aku tidak fikir aku sudah gila. Ini kerana aku masih lagi mengetahui siapa diriku, dan yang lebih penting lagi aku tahu bahawa Allah itu adalah penciptaku. Jadi, aku kurang mengerti dengan apa yang sedang berlaku ini.

Dalam kesamaran cahaya pagi yang malu-malu menonjolkan dirinya, sekujur tubuh berdiri di hadapanku. Wajahnya tidak dapat aku lihat dengan jelas di sebalik pokok-pokok yang tertib berbaris itu. Gerak-gerinya dari jauh itu seolah-olah mahu memberitahuku sesuatu. Namun suaranya pula tidak dapat aku dengar, bagaikan menjerit di dalam air. Aku berjalan terus tanpa henti, menuju ke arahnya. Tetapi, setiap kali aku mahu menghampirinya, setiap kali itu juga aku gagal mendekatinya. Aku terus berlari ke arahnya dengan harapan dapat menjeramahnya. Aku gagal lagi.

“Siapakah kau? Apakah yang kau mahu dariku?”

Aku cuba berbicara dengan suara yang lantang. Tetapi kata-kata balasnya itu masih lagi tidak dapat aku dengari. Aku memerhatikan sekelilingku yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan. Oh ya, aku berada di sebuah taman yang cantik. Dari susunan lanskapnya ini, sedarlah aku bahawa aku sedang berada di Fontainebleau, Perancis. Sedetik itu, aku teringatkan isteriku, Hawa. Dalam pada aku terpusing-pusing mencari Hawa, dia hilang dari pandanganku. Aku menjadi keliru. Sudahlah Hawa tiada di sisiku, orang yang tadinya cuba aku kejar pun turut menghilangkan diri.

Apa sekalipun, itu tidak penting. Apa yang aku risaukan adalah keselamatan isteriku. Aku yakin bahawa Hawa masih di sini. Aku yang membawanya ke mari sebagai hadiah bulan maduku kepadanya. Fontainebleau ini bagi aku adalah sangat istimewa. Di sinilah segala-galanya bermula. Jika lima tahun lalu aku tidak berada di sini, tidak mungkin aku akan dipertemukan dengan Hawa. Inilah yang dinamakan takdir, yang akhirnya membawa aku ke titik perkenalan dengan Hawa. Bukan itu sahaja, di tempat ini juga aku menangis kerana brioche.

Kepalaku menjadi sakit semula, lebih-lebih lagi apabila cahaya matahari mula menari-nari di mataku, membuatkan aku silau. Brioche di tanganku masih lagi panas. Manakan tidak, baru sahaja sebentar tadi aku membelinya di kafe berdekatan taman ini. Brioche inilah roti kegemaran Hawa. Jika ditanya pada aku, croissant yang pelik sedikit bentuknya itu lebih aku gemari. Bagaimanapun, brioche ini masih lagi aku suka kerana kemanisan rasanya itu yang diselang-selikan dengan sedikit rasa masin akibat penggunaan mentega. Kadangkala brioche ini turut berasa sedikit pahit bergantung kepada kandungan yang diletakkan, misalnya cokelat atau serbuk kopi. Jadi, kalau bukan kerana Hawa, mungkin sampai sekarang aku tidak akan merasai langsung kelazatan brioche ini.

“Bagaimana rasanya? Awak cubalah dulu. Belum cuba, belum tahu,” ujar Hawa.

“Manis, tetapi ada sedikit rasa masin. Jika dimakan bersama-sama dengan kopi, perasaannya lebih mengasyikkan,” aku cuba memberikan komen seperti juri-juri rancangan masakan.

Hawa yang mendengar kata-kataku itu hanya tergelak. Dia hanya memerhatikan sahaja gelagatku yang begitu berselera menjamu brioche ketika bersarapan di kafe universiti. Sesekali itu, Hawa hanya menghirup teh panasnya sambil setia mendengar aku bercerita. Adakalanya aku bercerita mengenai hal-hal semasa, dan kadangkala masuk pula cerita-cerita mengenai kehidupan di kampus universiti. Walaupun bidangku berlainan dengan Hawa, tetapi disebabkan jumlah pelajar Malaysia di Fontainebleau ini sangat sedikit, maka aku mudah berkenalan dengan Hawa. Dari sekadar hubungan persahabatan inilah akhirnya membawa kepada ikatan perkahwinan.

SEKIAN
6:15 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik