<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, August 1, 2011

Blog Yang Tidak Digemari #1

Salam Ramadhan semua. Macam mana puasa pertama hari ini? Alhamdulillah, aku tersangatlah okay walaupun agak terseksalah juga sewaktu ke bazar Ramadhan petang tadi disebabkan terlampau banyak ‘lurah dendam dijual’ di situ.

Disebabkan aku tiada mood nak menyiapkan tesis aku, maka hari-hari siang aku banyak dihabiskan di depan komputer dengan membaca pelbagai jenis bacaan. Termasuk di sini, tentulah blog-blog yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Namun begitu, aku mahu tegur sedikit korang yang dah ada blog atau mahu membuat blog tentang beberapa perkara.

Nampak gambar di atas? Itu baru dua perkara saja yang mahu aku tegur buat masa ini. Sebenarnya pun, dah banyak blog lain yang membuat pos sebegini tetapi aku cuma mahu menekankan tentang dua perkara ini yang aku rasa sangat menjengkelkan aku.

Aku pasti rata-rata yang berada di depan komputer sedang mendengar lagu kegemaran masing-masing. Cuba korang bayangkan, di tengah-tengah malam apabila music player korang berada dalam volume yang rendah tetapi tiba-tiba ketika membuka sebuah blog, ada ‘pencemaran bunyi’ yang kuat. Dahlah terkejut, lebih membengangkan, owner blog itu meletakkan lagu bangang seperti Rebecca Black punya lagu.

Percayalah kata aku, rata-rata orang yang datang ke blog kau dah secara automatiknya sedang mendengar lagu kegemaran masing-masing. Jadi, korang tak perlulah nak meletakkan music player dekat blog korang. Kalau nak letak juga sebab nak share, tolonglah letak music player yang mempunyai butang pause atau stop serta jangan setkan ianya auto-play, dan sila jangan gunakan music player seperti dalam gambar di atas.

Untuk perkara kedua, aku nak tegur perkataan yang korang gunakan di dalam blog. Tak penatkah menulis dengan sekejap huruf besar, sekejap huruf kecil? Come onlah, berapa umur awak?

Kalau boleh pula, sila sesuaikan warna tulisan dengan background korang di samping menetapkan saiz tulisan yang sesuai. Sakit mata tahu, kalau background dah berwarna pelik (kadang-kadang berbunga-bunga) dan lepas itu warna pula, Masha Allah syeikh, ‘membuka mata’ sungguh. Maksudnya di sini, warna itu menyukarkan aku membaca sehingga aku kadangkala terpaksa membasuh muka supaya mata aku tak sakit.

Jadi pada akhirnya, ingin aku tekankan di sini bahawa blog yang bagus tak memerlukan kau menjadi popular seantero dunia. Ramai pengikut dan popular pun, kalau isi kandungan blog macam haram nak buat apa. Apa yang penting di sini, perkara basic seperti yang aku jelaskan di atas perlu diambil perhatian jika mahu menyampaikan sesuatu perkara kepada pembaca dengan lebih berkesan.

Kesimpulannya kawan-kawan sekalian, kita berblog untuk berkongsi dengan pembaca apa yang kita fikirkan. Blog yang simple pun dah memadai untuk menarik perhatian pembaca. Jadi fikir-fikirkan dan selamat beramal.

SEKIAN
11:32 PM
10 KATA HATI
[ 10 ] PENDAPAT

Blogger dayanaazhar:) berpendapat bahawa:

BETUL. EYE SORE

8/02/2011 12:47 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@dayanaazhar:): sakit kan mata? hmm..

8/02/2011 12:49 AM

 

Blogger Fayyazmii berpendapat bahawa:

sakit mata kan ? huh .
ramai buat gitu , tatau apa yg lawa buat warna gitu . ahaha

8/02/2011 1:10 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Fayyazmi: warna kalau terang ok lagi, tapi yang jenis hampir sama ngan kaler background. susah nak baca..

8/02/2011 1:19 AM

 

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

Haha. sy budak budak dulu pun tak menulis gtu. apa kejadas ny mereka ini! Lol.

8/02/2011 1:23 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@my only closet: sama-samalah kita menegur demi mencapai wawasan 2020. ceh ayat.. ahaha :p

8/02/2011 1:25 AM

 

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

1.Aku dah pesan dah kat dalam blog aku, jangan pergi bazar ramadhan. hahaha.

2. having auto-play music on your blog is soooooo friendster..

3. kau perasan tak, kebanyakkan website gomen kita ni serabut design dia, cuba ko bukak website gomen UK. simple beb. nak navigate pun senang. So, kesimpulannya, adakah website gomen melambangkan citarasa design rakyatnya?

8/02/2011 9:08 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Irshadim: memang serabut pun, lebih2 lagi bila ada banyak sangat iklan

8/03/2011 4:26 PM

 

Blogger s a r e e z a berpendapat bahawa:

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@s a r e e z a: high five!

8/08/2011 6:58 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik