<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, July 21, 2011

Media & Kita

Aku sebenarnya nak menulis pasal benda lain, tetapi aku dah lupa apa yang aku nak tulis. Ia sebenarnya ada kaitan dengan gadis di atas, iaitu Zooey Deschanel. Namun disebabkan aku dah lupa, aku nak cerita pasal benda lain yang adalah juga kaitan dengannya.

Apa yang nak aku cerita ini sebenarnya diilhamkan daripada penulisan kawan aku, Irshad berkaitan benda-benda yang kita gunakan seharian. Sebenarnya lebih tepat lagi, aku nak bercerita pasal kekuatan pengaruh media terhadap masyarakat. Contoh terdekat bagi aku adalah video seperti dalam gambar di atas.

Aku teringat kata-kata profesor aku yang mengatakan bahawa masyarakat sekarang hidup dalam dunia pengiklanan. Terbalik tau, sepatutnya dunia pengiklanan yang hidup dalam masyarakat. Tetapi melihat situasi kini, ia memang terbalik.

Aku tahu bahawa kebanyakan iklan menipu saja lebih, contohnya macam iklan body spray Axe itu. Bagaimanapun aku masih tetap terpengaruh dengannya dan sampai sekarang, ini adalah produk yang aku sentiasa gunakan. Gila kau, pakai Axe saja boleh datang bertimbun-timbun gadis daripada langit mengalahkan Ayah Pin.

Selain itu, setiap kali aku menonton siri atau drama yang ada babak minuman dan makanan, aku akan secara tak langsung terpengaruh untuk turut serta. Contohnya, jika Patrick Jane dalam siri The Mentalist sedang minum teh, aku yang pada waktu itu sedang minum kopi akan pula membuat air teh. See, ia sebenarnya telah mempengaruhi minda aku tanpa disedari.

Jadi, kalau Zooey dalam videonya di atas tengah menari dengan comelnya, ia juga membuatkan aku mahu menari dengan gedik, macam lelaki gay berbaju biru kolar ‘V’ (tiada dalam gambar di atas). What the hell, kuat betul pengaruh media ini. Nasib baik dekat Malaysia, tak ada sangat iklan yang betul-betul kuat pengaruhnya terhadap aku yang kini dah pun jarang menonton TV.

Jadi secara kesimpulannya, kita sebenarnya cuba untuk menjadi cool dengan mencontohi apa yang terkandung dalam iklan (atau media) secara sedar atau tidak. Kalau perempuan itu rasa bertudung macam Fatin Liyana akan membuatkan semakin ramai lelaki terpikat, dia akan ikut walaupun dia pada dasarnya tak suka bertudung (blog juga adalah media). Akhirnya, apa kata anda?

SEKIAN
11:30 PM
3 KATA HATI
[ 3 ] PENDAPAT

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

cayalah! Aku pun ada beberapa waktu terpengaruh beli Istak lepas habis waktu kerja sebab tengok Ted Mosby minum dengan memeber2 dia lepas kerja. Tapi dia tak minum Istak la. Dia minum the real thing.

7/22/2011 3:24 PM

 

Blogger Syamira Ismail berpendapat bahawa:

ada maksud sebalik nya tuuu . nice.

7/22/2011 4:01 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

@Irshadim: aku kan suka tengok ulang2 How I Met Your Mother ni kan. so setiap kali tiba episod yang Marshall tercari2 mana burger sedap yang dia penah makan tu, aku pun lepas tu gi McD amik set paling last sekali sebab ianya besar dan lebih kurang macam apa yang Marshall and co. makan. LOL

@my only closet: maksudnya? hehe

7/22/2011 5:45 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik