<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, July 7, 2011

Ketika 17

Sebenarnya bermain dengan angka adalah menyeronokkan. Aku secara peribadinya menyukai nombor lima atas beberapa faktor. Tetapi, 17 kali ini berkaitan dengan apa yang aku buat atau apa yang berlaku ketika umur aku begitu.

Alright, bila aku belek-belek semula gambar-gambar lama aku sewaktu aku tingkatan lima, aku boleh katakan betapa kelakarnya zaman itu. Biasalah remaja, di mana-mana pun masalahnya adalah sama iaitu krisis identiti. Masing-masing cuba untuk menonjolkan diri supaya mendapat lebih perhatian orang sekeliling.

Ala korang tak payah nak menipu akulah, perkara ini memang normal bagi remaja. Cuma nasib baiklah sistem persekolahan kita dah tak ada konsep pemakaian skirt macam Jepun itu. Kalau tak, huru-hara jugalah budak-budak sekolah dan yang penting, tergugat iman cikgu-cikgu lelaki.

Okay, nampak gambar di atas itu? Ya gadis tersebut yang mungkin dah menjadi wanita, iaitu isteri dan juga ibu adalah seseorang yang pernah aku minati ketika aku 17. Apa yang aku buat, aku ambil gambar dia secara curi-curi dan secara jujurnya, aku dah lupa siapa nama dia.

Yeah, I bet she looks good on the dancefloor bak lagu Arctic Monkeys itu. Ketika itu, dia berada dalam tingkatan enam bawah yang merupakan batch pertama tingkatan enam sekolah aku. Sebab itu, warna uniform dia agak pelik iaitu, purple.

Lain-lain, oh ya, aku bersekolah dengan Kurt Angle The Great atau nama Melayunya Irshad. Dia ini memang sangat famous dekat sekolah dulu disebabkan sikapnya yang selamba. Selain itu, dia juga famous kerana mukanya yang memang iras-iras Kurt Angle.

Then, sebelum Que Haidar popular di seluruh benua Malaysia, kitorang di sekolah dah mengenalinya terlebih dahulu. Ini kerana dia merupakan bekas budak teater sekolah aku yang pernah mewakili Johor dalam pertandingan teater peringkat kebangsaan suatu masa dulu. Lagipun, adik dia adalah classmate aku sendiri, jadi aku sering ‘dipaksa’ oleh adiknya untuk menonton drama-drama lakonan abangnya di TV1 atau TV2 (entah, aku tak ingat).

Ketika itu, drama yang aku ingat aku pernah tonton adalah cerita yang mengisahkan kehidupan budak-budak Akademi Laut Malaysia (ALAM) atau something like that. Selain itu, drama lain yang sempat aku tonton adalah Toll Gate Girl yang ada Amy Mastura. Tetapi, kalau korang yang gadis-gadis ini nak tahu, adik dia yang merangkap classmate aku itu sebenarnya lebih kacak berbanding abang dia.

Oh lupa, aku juga pernah ada secret crush dekat seorang gadis Cina yang juga merupakan penolong ketua tingkatan kelas aku dulu. Sekarang, dia makin cantik dan bekerja di Jepun. Apa yang aku lihat di Facebooknya, dia macam menjadi model sambilan pun ada.

Lagi, aku dulu berada dalam aliran sains tulen, maka subjek-subjek seperti kimia memang kenalah ambil. Tetapi, disebabkan aku tak suka dengan cikgu yang mengajar subjek ini, aku kerap cabut makmal dan duduk bersembunyi di kelas yang ada bilik kecil. Kesannya membawa kepada result SPM aku di mana aku gagal subjek kimia ini.

Alright, setakat ini, itu saja yang aku ingat. Apa yang berlaku itu semua dah menjadi sejarah dan here I am yang masih lagi tak habis-habis belajar dalam peringkat ijazah di UKM. Apa-apa pun, ianya bercampur-baur di antara menarik dan mengarut yang akhirnya mencipta aku yang sekarang ini.

SEKIAN
4:35 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Irshadim berpendapat bahawa:

Hey, u mentioned me in the post! thanks, mate. Yah, aku juga ada krisis identiti pada waktu tu, aku tak pasti samada aku ni Jacoby Shaddix ataupun Scott Stapp pada waktu itu.

7/08/2011 10:45 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

Aku pulak digelar Lampard oleh rakan-rakan setempat. oh terharunya.. haha!

7/08/2011 7:25 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik