<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Thursday, March 3, 2011

Iklan Dalam Mempengaruhi Tamadun Manusia Moden

Manusia sekarang pada dasarnya terikat dengan dua perkara. Satunya dipanggil glamour, dan satu lagi dipanggil narcissism. Tetapi, kali ini aku mahu menceceh tentang dunia glamour yang berkait rapat dengan dunia pengiklanan.

Lupakan dulu narcissism yang akan aku ulas di lain pos, perasan tak bahawa manusia sekarang gila glamour? Kalau dulu di Malaysia (baca: digital atau internet), orang gila glamour dekat laman Friendster dan MySpace. Kini, trend tersebut masih lagi tak hilang, malahan berpindah pula ke blog.

Maksud aku di sini, jika dulu orang sibuk mengejar jumlah kawan yang ramai dengan menambah sesiapa sahaja masuk ke dalam list walaupun yang ditambah itu tak dikenali langsung. Then, apabila ada individu melihat akaun pihak lain mempunyai beribu-ribu kawan, maka dia pun secara langsungnya memulakan tabiat mengejar jumlah kawan. Walhal di sini, dia bukannya betul-betul nak menjadi kawan si polan yang ditambah tersebut, kan?

Maka di sini, trendnya dah berpindah ke alam blog pula. Orang sekarang melihat blog sebagai satu trend yang konon-kononya cool, di mana sebagai perumpamaan, mempunyai gadget seperti BlackBerry atau DSLR sangatlah cool. Itu tak ada masalah pun, tetapi yang menjengkelkan adalah apabila segelintir orang (atau kebanyakan?) yang membuka blog kini membawa tabiat Friendster dan MySpace pula ke alam blog, iaitu mengumpul follower.

Blog sebenarnya dicipta untuk orang mengutarakan pendapat atau pandangan peribadi kerana media massa (baca: surat khabar), literally speaking, sukar memenuhi kapasiti orang yang menghantar surat berupa pandangan. Selain itu, blog boleh dikatakan juga sebagai jurnal digital, atau diari digital yang memaparkan perihal peribadi individu. Oleh itu, tak ada masalah untuk sesiapa membuka blog sebenarnya pun.

The real problems here adalah apabila orang suka mengejar jumlah follower yang ramai tanpa menghargai target atau sasaran atau lebih senang cerita, followersnya. Kalau dalam budaya Melayu, bukankah ada adat sopan? Jadi di sini, kalau kamu expect orang untuk follow blog kamu, maka kamu haruslah memulakan ‘salam’ terlebih dulu dengan mengikuti atau follow blognya, sebelum menjemputnya supaya follow semula blog kamu (kan lebih elok begitu?).

Berbalik kepada perihal iklan, blog ini sebenarnya agak serupa dengannya. Aku tertarik dengan ulasan seorang profesor aku yang mengatakan bahawa manusia sekarang hidup dengan berpandukan kepada iklan. Sebagai contoh, apabila iklan Axe keluar di TV, maka ramailah lelaki sejati (termasuk aku) mula membelinya dengan harapan ada gadis comel seperti Lisa Surihani nanti akan memberikan nombor telefon.

Ini sebenarnya tak boleh dielakkan lagi. Manusia manalah yang membeli produk tanpa mengetahuinya terlebih dulu daripada iklan, kan? Jadi secara mudahnya, manusia akan tertarik kepada sesuatu perkara yang sedang hype atau mengikut trend.

Secara konklusi, jika kamu seorang blogger yang bagus, maka kamu tak perlu risau kerana akan ada orang yang memerhatikan penulisan kamu. Justeru itu, tak perlulah nak membawa budaya MySpace ke dalam alam blog pula. Ini akan hanya memperbanyakkan lagi sampah yang dah penuh di dalam tong sampah (secara metaforanya).

SEKIAN
12:02 AM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger hazari. berpendapat bahawa:

"hey awak, follow blog saye, ok". haha. lepas follow dia, tak ada effect apa pun. hidup mati pun tak tau. follow setakat follow je.

3/03/2011 9:47 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

aku biasanya kalau orang follow aku, automatik aku akan follow dia balik sebagai tanda tukar2 update blog. selain tu, aku follow blog yg aku kenal/kawan atau yg aku suka. :)

3/03/2011 10:30 AM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik