<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Monday, March 7, 2011

Idea Mengilhamkan Penulisan

Entah apa hallah budak-budak yang minat Manchester United ini ramai benar yang suka bercakap besar. Hari itu sebelum match bermula, diorang dah buat prediction bahawa Chelsea akan kena tibai dengan teruk. Malam tadi pun sama, tapi akhirnya masing-masing balik dengan muka bengang sampai mamak pun dijadikan mangsa kemaluan (maksud aku, kemarahan).

Lantaklah kan, agaknya darah Setan Merah turut mengalir kot? Ini kalau Arsenal bangang tak reti nak ambil peluang, tunggulah lagi lima atau sepuluh tahun baru boleh angkat piala. Dah bagi peluang depan mata pun, takkan tak boleh lagi kot?

BTW atau by the way, aku rasa aku perlu lebih banyak ke jamban lepas ini. Bukan sekadar nak membuang air, tapi sebenarnya nak mencari idea. Jamban ini walaupun bila disebut saja orang akan terbayang benda-benda yang kotor, namun ia adalah tempat yang baik untuk mencari idea.

Macam sekarang, ketika aku menaip pos ini, idea aku tak datang mencurah-curah. Ia datang, lepas itu hilang begitu saja. Aku ada terfikir juga macam nak menutup terus blog, tapi setiap kali aku membaca blog rakan aku, Amir Munshi, maka hasrat tersebut aku lupakan semula.

Kalau korang baca blog dia, hasil penulisannya sebenarnya sangat menarik. Aku bukanlah mengenali dia dengan rapat, dan ini pun bukanlah segmen terjah blog orang macam yang aku pernah buat sebelum ini. Tapi apa yang ada dalam blognya, dan juga status Facebooknya sebenarnya membuatkan aku tersengih kerana ianya kelakar serta kadang-kadang terkena batang hidung sendiri.

Jadi untuk awak-awak semua yang baru saja menjumpai blog ini, dan sekiranya awak membaca pos ini which saya fikir tak, jangan cuba-cuba nak mengajak saya untuk follow blog awak (melainkan jika awak adalah follower blog ini, maka saya akan follow semula). Pertama, ini disebabkan saya benci blog yang suka mengumpul follower di mana awak hanya menjadikan blog ini tempat persinggahan sementara. Kedua, saya tak mengenali awak, blog awak bukan jenis kesukaan saya dan awak bukan rakan atau kenalan saya, jadi tak ada sebab untuk saya follow blog awak.

Aku sebenarnya bukannya sombong pun, jauh lagi angkuh. Aku lebih gemar jika orang singgah ke blog aku sebagai silent reader walaupun dia bukan follower blog ini. Paling kurang pun, orang macam ini membaca apa yang aku tulis meski mungkin ada sesetengah pos aku menusuk kalbu atau mengguris perasaan.

Apa orang sekarang ini malas nak menulis dengan baik ke? Biar penulisan itu rojak, tapi mudah difahami, bukannya terlalu short form atau bahasa yang memeningkan. Ini bukannya telefon bimbit untuk berbahasa SMS yang kadang-kadang aku tak faham langsung apa yang ditulis.

Jangan rasa marah pula dengan apa yang aku tulis. Pos ini pun bukannya ada butang LIKE untuk korang tekan, maka apa yang aku tegur itu hanyalah pandangan peribadi aku. Lagipun, aku percaya ramai orang yang tak gemar dengan penulisan yang tunggang-langgang.

Lagi, aku memang tak rasa blog ini bagus mana pun. Ia pada dasarnya pun hanyalah blog peribadi yang bersifat seperti jurnal. Ada pos atau entry yang orang suka, dan tak kurang juga yang membenci (biasalah, perkara normal).

Secara konklusi, aku sangat tertarik dengan blog yang cuba menampilkan idea atau pandangan tersendiri. Sesetengahnya popular, dan selebihnya biasa-biasa saja. Tapi apa yang penting di sini, pekerjaan mereka bukanlah pengumpul follower.

SEKIAN
9:38 PM
3 KATA HATI
[ 3 ] PENDAPAT

Blogger hazari. berpendapat bahawa:

kalau macam time mandi, time solat, haha.. banyak ah idea. adeii.

3/08/2011 10:52 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

time solat? huhu

3/09/2011 12:14 AM

 

Blogger hazari. berpendapat bahawa:

ye ye. tak khusyuk, tak elok tak elok. tapi time tu la idea2 bernas banyak kua. huhuuu.

3/09/2011 8:15 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik