<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, January 1, 2011

Gelora Jiwa

Salam tahun baru 2011, dan selamat buat Future Anuar! Oleh kerana hari ini adalah Sabtu dan semalam pula cuti sempena kejayaan pasukan bola sepak Malaysia menjadi juara Asia Tenggara, maka sepatutnya masa perlulah syok serta seronok untuk dihabiskan. Tetapi, aku pula hanya plan untuk cuma memandang laptop atau laptop memandang aku kerana aku memang tak ada apa-apa plan minggu ini.

Kalau minggu lepas, masa banyak dihabiskan dengan menonton bola sepak bermula di Stadium Nasional Bukit Jalil, jadi minggu ini juga plannya lebih kurang begitu cuma seperti biasa di kedai mamak. Bagi tahun baru, tiada apa yang nak aku perkatakan setakat ini kerana tiada apa yang baru bagi aku. Aku cuma berharap minyak petrol terutamanya Ron 95 tak naik harga lagi tahun ini.

Menyorot waktu seminggu yang lepas, banyak isu panas di internet terutamanya Twitter. Seperti yang diketahui, isu banyak tertumpu kepada Piala Suzuki dengan dimonopoli oleh pengguna-pengguna negara seberang yang sungguh beremosi. Selain itu, isu yang satu lagi adalah berkenaan seseorang yang telah membanggakan nama Khairul sedunia (aku juga bernama Khairul), iaitu si Khairul Fahmi.

Apabila kebanyakan fans lelaki lebih memuji ketangkasannya menjaga gawang, fans wanita pula seperti biasa melihat kepada kekacakannya. Bagaimanapun, hasrat sebahagian diorang yang berimpian untuk menjadi girlfriend KF tak kesampaian. Ini kerana dia telah mempunyai seorang girlfriend atau bakal tunang (juga bakal isteri) yang comel.

Blog girlfriend KF, si Aimie Harmelia atau Elia pula dengan pantas telah memperoleh followers baru sepantas boyfriendnya menangkap bola. Apa yang menariknya, majoriti followers Elia terdiri dari kalangan kaum Hawa. Macam ada udang di sebalik batu sahaja segelintir yang follow tersebut.

Nampaknya tekaan aku betul kerana ada juga perempuan yang cemburu mencerca Elia dalam blog sendiri. Apalah busuk sangat hati, tak boleh tengok orang lain senang langsung. Biarlah si Elia itu dengan lifenya, jadi tak perlulah pihak-pihak tak berkaitan cuba nak merosakkan hubungan mereka.

Lagipun, orang mana yang tak gembira jika kekasih hati mula mendapat perhatian ramai, tak begitu? Orang kita ini pun satu, apabila seseorang itu tak dikenali, sesiapa pun tak ambil peduli. Tetapi apabila mula mendapat perhatian, macam-macam posers atau jokers yang muncul dan cuba pula mengganggu ‘ketenteraman awam’.

____________________

Berbalik kepada Khairul yang ini iaitu aku, nama ini sebenarnya hanya dipanggil oleh family dan kawan terdekat. Biasanya orang memanggil aku dengan nama akhir aku iaitu Anuar, manakala Mitsuo pula adalah nickname aku yang maksudnya hampir sama dengan Anuar (tetapi rakan Jepun aku memanggil Mitsu sahaja). Apa-apa pun, aku lebih suka orang luar atau kenalan baru memanggil aku dengan nama akhir.

Aku rasalah, life aku sedikit sama dengan Ted Mosby dalam sitkom How I Met Your Mother itu. Kalau korang ada menonton sitkom ini, Ted seperti yang diketahui sangat cerewet memilih teman hidup. Tetapi dalam masa yang sama, dia seorang yang berpegang kepada prinsipnya dan obses dengan sesuatu hobi di mana ianya juga sedikit sebanyak sama seperti aku.

Dalam pada itu, Ted seorang kawan yang memahami serta baik, dan oleh itu tak hairanlah dia mempunyai kawan baik seperti Marshall Eriksen (yang aku juga mahu dan masih mencari) serta tak lupa juga Barney Stinson. Namun begitu, aku dapat memahami apa yang cuba dicari oleh Ted dalam wanita pilihannya. Lagipun, memilih bakal isteri bukanlah seperti memilih baju.

Tambahan pula, seperti Ted, aku jenis orang yang komited terhadap sesuatu perkara: dalam hal ini, love story. Bukannya tak ada langsung calon di depan mata, tetapi kecerewetan ini membuatkan status di Facebook aku masih lagi ‘single’, bukannya ‘in a relationship’, apatah lagi ‘married’. Oleh itu, seperti Ted sekali lagi, aku menjangkakan bahawa perihal kahwin ini mungkin boleh berlaku setelah umur aku mencecah 30 tahun.

Oleh kerana itu, aku agak terharu dan tersentuh hati setelah menonton episod 23 sitkom tersebut dalam musim keempatnya, di mana Stella cuba menenangkan Ted yang tak jadi dikahwininya dengan kata-kata seperti di atas tersebut. Justeru itu, aku rasa aku juga perlu bertenang dan membiarkan life berjalan mengikut flownya. Akhirnya seperti babak filem, aku juga perlu melakukan sesuatu yang fun dalam hidup di samping mencari something tersebut bak kata P. Ramlee dalam lagunya bertajuk Gelora Jiwa (ya aku tahu ia sedikit jiwang, tetapi korang juga begitu, kan?): “Cinta apakah tandanya?”

SEKIAN
6:42 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik