<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6028240087828697096\x26blogName\x3dOrang+Sebelah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://luriahk.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://luriahk.blogspot.com/\x26vt\x3d-3090539190611173158', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Friday, November 5, 2010

Semalam Di Kuala Lumpur

Kalau nak diikutkan ‘hati dan perasaan’, serta secara normal atau logik diri aku, memang aku tak akan beratur panjang-panjang untuk apa-apa event (seperti membeli tiket konsert dan sebagainya). Ini kerana aku sangat benci menunggu, satu perasaan yang telah ‘berputik’ semenjak aku menunggu bas untuk pulang ke rumah dalam ‘nada’ penuh kegeraman dan bengang sewaktu zaman persekolahan dulu (biasalah, sistem perkhidmatan bas awam dekat Malaysia memang teruk mungkin sampai sekarang). Tetapi, apabila keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan terdekat seperti Echa, Aiman, Nada, Hazri dan juga Azraf seawal jam 6.30 pagi, ia adalah agak menyeronokkan.

Ini mungkin kali pertama dan terakhir aku sanggup untuk beratur ke pembukaan sesebuah butik memandangkan aku bukanlah kaki shopping sangat (melainkan kalau Ben Sherman mahu membuka butik di sini dan turut melakukan perkara ‘gila’ yang sama seperti dilakukan UNIQLO). Tetapi disebabkan UNIQLO adalah jenama pakaian Jepun yang paling aku suka, maka mahu atau tak mahu, kitorang beraturlah juga lebih-lebih lagi melihatkan masing-masing dah excited. Beratur punya beratur dan sesekala duduk di lantai taklah sia-sia kerana dapat juga kitorang berada dalam kelompok 250 orang terawal walaupun masing-masing sebenarnya bukannya nak sangat dengan trip ke Jepun itu.

Malaysia selalunya boleh dikatakan agak lambat dalam banyak perkara, dan ini termasuklah penerimaan orang ramai terhadap UNIQLO. Aku bet, dalam ramai-ramai orang yang datang semalam, mungkin satu perempat sahaja yang mengetahui tentang jenama ini dan menggunakannya. Jika bukan kerana publisitinya di media massa (dan ‘pancing’ trip ke Jepun), mungkin hanya orang yang mengetahui tentangnya serta yang biasa ke kedai-kedai bundle sahaja akan datang.

Aku kira agak bertuah juga kerana berjaya memenangi satu voucher bernilai RM100 menerusi website Go UNIQLO setelah berkali-kali asyik mendapat voucher yang bernilai RM20 (kalau dikumpulkan, ada dalam RM200 lebih jumlah voucher bernilai RM20 tersebut). Ini membolehkan aku membeli dua barang lagi memandangkan plan asal hanyalah dua pasang jeans (biasalah, budget student manalah banyak). Dalam pada itu juga, disebabkan ramai orang mempunyai voucher bernilai RM20, cashier di tempat aku membayar turut mengandaikan aku menggunakan voucher bernilai sama walhal ianya adalah RM100 (kalau tak ditegur, melayang duit ‘free-free’ sahaja).

Dalam ‘kegirangan’ orang ramai membeli-belah di UNIQLO, kelihatannya Encik Topex tak berpuas hati (aha, jangan jealous wahai Topex) kerana dihalang masuk oleh tentera-tentera YES milik YTL Communications. Ini mungkin disebabkan muka Topex yang bengis itu dianggap cuba mencemarkan kesucian di sekitar Fahrenheit88 serta boleh mendatangkan ancaman terhadap gadis-gadis suci. Apabila diminta mengulas tentang kejadian tersebut, Topex tak mampu berkata apa-apa dan hanya mampu menahan air mata kesedihan sebelum beredar sambil diiringi lagu-lagu sentimental yang ada dalam telefon bimbit Sony Ericsson Satio miliknya.

Apa-apa pun, aku sedikit tak berpuas hati kerana koleksi pakaian yang ada di butik UNIQLO ini banyak untuk musim sejuk, dan barangkali adalah stok lama daripada butiknya di Singapura. Orang gila sahaja yang akan pakai pakaian tebal-tebal waktu siang di Malaysia, dan seharusnya ‘orang-orang kuat’ UNIQLO perlu lebih peka tentang keadaan geografi Malaysia (ini yang malas kalau aku dah membebel). Tetapi keseluruhannya aku masih lagi berpuas hati dengan apa yang aku beli, lebih-lebih lagi setelah menggunakan bantuan voucher yang bernilai besar tersebut (jimat duit aku).

SEKIAN
8:20 PM
6 KATA HATI
[ 6 ] PENDAPAT

Blogger Nadia Adnan berpendapat bahawa:

wawa...kawan aku yg blaja kat japan kate uniqlo macam FOS je kat sane.kehkehkeh

11/07/2010 12:15 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

masalahnya, aku tak pakai pun FOS. dan sehingga butik ini dibuka kat KL, tak ramai pun orang pakai dan tau pasal UNIQLO. tu yg buat brand ni unik & best bila dipakai. maknanya, tak ramai yg pakai so RARE la jadinya brand ni. tak macam FOS, Levi's, Topman yg bersepah kat M'sia ni. plus, orang Jepun tak pakai pun FOS (diorang pun tak tau apa itu FOS). ahaha!

11/07/2010 3:25 AM

 

Blogger Nadia Adnan berpendapat bahawa:

ahaha tu la pasal! =)

11/07/2010 3:48 AM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

actually, apa yg bestnya tentang UNIQLO adalah disebabkan ianya murah dan datang dari jepun je. ko kan tau aku minat benda2 dari jepun, so kira normal la aku minat brand ni. kalau brand barat, aku paling suka brand Ben Sherman dengan Lambretta.

11/07/2010 3:54 AM

 

Blogger Nadia Adnan berpendapat bahawa:

tau. ko tu minat jepun sampai name pun dah tukau ha..hehe!

skang jename luar byk jual pakaian tebal2 kan. maybe bcoz kat sane skang nak masuk winter..

lupe nak tanye..
akhirnye ko beli ape? ok tak brand ni?
baju pempuan ok tak? eh byk lak tanye....hee!

igt nak gi pas exam..hehe :D

11/08/2010 1:42 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

aku beli 2 jeans, 2 baju. setakat ni, koleksi adalah utk musim sejuk. aku rasa ni stok dia ambik dari singapore nih. so, perempuan punya koleksi blom banyak lagi. nampaknya kena tunggu musim seterusnya punya koleksi, so terpaksa rajin2 tengok website dia. aku jangka benda baru awal tahun depan masuk stor.

11/08/2010 10:28 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.

 


Sila klik gambar di
atas untuk mengikuti
(FOLLOW) blog ini.
Aayatt Yatty
Absa Yusoff
Adibahrisha
Aeen Amoy
Ahmad Shazali
Aiman Baharom
Amalina
Amir Aizat
Amir Munshi
An Ixora
AnnMoee
Aran Crikwong
Aroma Minda
Azman Naim
Baha Deen
Diyana
Echa
El Farra
Eryn
Fatin Razali
Hazari
Hazriq Arjuna
Huda Lulu
Hunny
Irshad
Katun
Khaleeqa
Maisarah
Mira Edora
Miss Ayu
N. Faizal Ghazali
Nadia Adnan
Nadzirah Idris
Nadzirah Yahya
Najla
Namie Latif
Norraien
Nuradilah Alihabshi
Nuralisya
Raizah
Razfira
Redsya
Sareeza
Shakinah
Sharpex
Sherah
Suria Saffa
Syamira Ismail
Syanad
Syaziela
Taufik Jusoh
Wafiqah
Yusrizam
Zulaikha Zulbahari
ZuRied
Abah Mui'zz
AdiFitri (Bohrtaag)
Aifaarina Honey
AkuKopi
Amir Muhammad
Aqish Basir
Bart Ahmad
Ben Ashaari
Ben Youssef
Chokilala
Darkk AvaKadabra
Dila Raden
Diloz
Eyka Hamasuba
Fadhli Hamdan
Fahmy (Amykamen555)
Faisal Tehrani
Fakhrul Anour
Faliq Fahmie
Fatin Liyana
Fynn Jamal
Hafiz Shinchan
Izmil Amri
Jamian Jaharudin
Jenjibam
Jimadie Shah
Keni Johansjah
Ladynoe
Mantot (Cursing Malay)
Nazim Masnawi
Nazri M. Annuar
Pipiyapong
Pjoe
Razaisyam Stradust
Saharil Hasrin Sanin
Saifulislam
Sokernet
Sue Anna Joe
Syafiq Azuan
Tok Rimau
Trankuiliti Tronoh
Zahir Lunatik