Oleh kerana ilham kembali datang, kali ini dari Giantpolar yang famous dengan cerita-cerita P. Ramlee menggunakan Facebook, jadi aku pun turut 'meniru' perkara yang sama. Sebenarnya, dah lama aku nak buat sewaktu versi Tom Anderson 'bergaduh' dengan Mark Zuckerberg di Facebook mula-mula keluar dulu (tentulah gaduh mereka itu fake), tetapi terbantut pula. Ini sebenarnya pun status-status aku sendiri dekat Facebook yang aku dengan kawan aku cuba 'berkomunikasi'. Dulu semasa zaman persekolahan, aku kurang gemar dengan sastera kerana bagi aku waktu itu, ianya agak susah. Tetapi apabila umur semakin meningkat, aku merasakan bahawa peribahasa Melayu sememangnya sangat indah, sebagai contoh, satu yang berbunyi: 'Binatang tahan palu, manusia tahan kias'. Maksudnya, mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.
|
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.